Please use this identifier to cite or link to this item:
http://hdl.handle.net/123456789/5003
Title: | Pengantar Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan | Authors: | Nur Azuki Yusuff Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail Alexander Stark Asmaa Lailee Mohd Noor Tuan Rusmawati Raja Hassan Zaleha Embong Marwan Ismail Khuzaiton Zakaria |
Keywords: | Pengajian Sains Sosial;Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan | Issue Date: | 2023 | Publisher: | Penerbit UMK | Abstract: | Buku Pengantar Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan merupakan buku sokongan pembelajaran bagi mata pelajaran wajib Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan. Buku ini merupakan inisiatif ahli akademik Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan, Universiti Malaysia Kelantan yang mengajar kursus di peringkat awal secara berkumpulan (team teaching). Perbincangan ilmiah merupakan satu wacana penting dalam memartabatkan bidang sains sosial yang berteraskan nilai keinsanan di Malaysia. Perbincangan secara ringkas pengenalan dan pengelasan pengajian sains sosial dari aspek yang pelbagai, menjadi objektif fakulti supaya mencapai matlamat penerbitan buku ini. Buku ini turut dikembangkan dengan maklumat tambahan hasil penemuan langsung dan tidak langsung semasa proses pengumpulan dan analisis data. Buku ini terdiri daripada sepuluh bab iaitu lapan bab adalah mewakili kandungan asal silibus kursus manakala dua bab lagi adalah tambahan bab bagi menyimpulkan dan merumuskan objektif perkongsian mata pelajaran wajib fakulti ini. Bab 1 dimulai dengan pengenalan kepada ilmu sains sosial secara ringkas dan ilmu kemanusiaan. Begitu juga penerangan terhadap pembahagian ilmu dan cabangnya. Bab 2 memperincikan perbincangan berkaitan falsafah di sebalik ilmu ini dan sejarah perkembangan ilmu sains sosial di Barat. Bab 3 memperincikan beberapa bidang utama pengajian ilmu sains sosial dan disusuli dengan penekanan terhadap nilai dan etika sosial dalam Bab 4. Perbahasan ilmu yang lebih mendasari lokaliti negara Malaysia diperjelaskan dalam Bab 5; Demografik sosial dan institusi-institusi sosial. Seterusnya dipanjangkan lagi berkaitan kerajaan dan dasar dosial di dalam Bab 6. Penulis mencelah pada pertengahan perbincangan dalam buku ini berkaitan isu-isu kontemporari dalam pengajian sosial yang berlangsung pada era kini di dalam Bab 7. Perbincangan awal isu-isu ini akan dilanjutkan kepada strategi penyelesaian dalam bab akhir. Namun sebelum itu, penulis membawa pembaca dalam perkongsian ilmu berkaitan perubahan dan inovasi sosial dalam Bab 8 dan smpak Sosial dalam Bab 9. Bab terakhir yang membicarakan ilmu pengurusan risiko dan pengurusan manusia dalam pembangunan organisasi amat menepati dalam menjawab persoalan strategi penyelesaian isu sains sosial dan kemanusiaan. |
Description: | Mapim |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/5003 | ISBN: | 978-967-0021-85-0 |
Appears in Collections: | Books (Others) - FBI |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
COVER_SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN.pdf | 934.68 kB | Adobe PDF | View/Open | |
OBOS_Sains Sosial dan Kemanusiaan_Final-1-17.pdf | 594.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.