Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4977
Title: Pelestarian Karya Kesusasteraan Melalui Filem Adaptasi
Authors: Sudirman Kiffli 
Nordiana Ab Jabar 
Mohamad Shahfik Afendi Bin Abdul Ghani 
Keywords: Pelestarian;filem adaptasi;karya sastera;Transformasi
Issue Date: 2023
Publisher: Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah, UUM
Conference: Persidangan Antarabangsa Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu 
Abstract: 
Sesebuah karya sastera semakin kurang mendapat perhatian dalam kalangan golongan muda yang menyebabkan bidang kesusasteraan itu sendiri seringkali dilihat sebagai sebuah bidang yang tidak popular dalam kalangan masyarakat. Lebih membimbangkan lagi apabila bidang ini dianggap sebagai bidang yang menjadi pilihan terakhir untuk dipelajari dan sukar untuk dikembangkan. Namun, kesedaran tentang sifat fleksibel yang dimiliki oleh bidang ini masih belum menyeluruh dalam kalangan masyarakat Malaysia. Sebagai kesinambungan daripada perkara ini, sebuah penelitian baharu perlu diberikan kepada bidang kesusasteraan dengan memberikan peluang kepada filem adaptasi sebagai sebuah medium untuk melestarikan penerimaan sesebuah karya sastera dalam kalangan anggota masyarakat. Hal ini kerana pengadaptasian daripada sesebuah karya sastera ke dalam bentuk filem kebelakangan ini menjadi trend dalam kalangan pihak pembikin filem kerana ia mampu memberikan pulangan yang berlipat kali ganda kepada mereka. Manakala daripada perspektif bidang kesusasteraan, trend tersebut dilihat sebagai sebuah peluang dan memberikan potensi besar kepada proses pengembangan bidang kesusasteraan. Platform adaptasi yang tersedia menjadi medium transformasi yang boleh dijadikan untuk mempelbagaikan penyampaian kandungan karya sastera supaya dapat dinikmati oleh khalayak. Pengadaptasian karya sastera ke dalam bentuk filem juga membolehkan naratif yang terkandung di dalam karya sastera dapat difahami dengan lebih mudah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang begitu akrab dengan pelbagai media interaktif. Peluang dan potensi berkenaan seharusnya dimanfaatkan oleh kedua-dua pihak agar perkembangan dan kelestarian kesusasteraan dapat dikekalkan dan perkembangan industri perfileman juga akan menjadi lebih rancak.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4977
ISBN: 978-967-26817-4-8
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
EXTENDED ABSTRACT PELESTARIAN KARYA KESUSASTERAAN MELALUI FILEM ADAPTATION.pdf237.29 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.