Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4814
Title: Intertekstualiti dalam Novel S. Othman Kelantan
Authors: Tuan Rusmawati Raja Hassan 
Keywords: kesusasteraan Melayu
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit UMK
Abstract: 
Perkembangan awal kesusasteraan Melayu dipercayai sebagai dasar pembentukan kepengarangan Melayu (Ismail Yusoff, 2008: 2). Dikatakan bahawa kesusasteraan Melayu lama merupakan worldview atau lambing peribadi masyarakat Melayu. Kesusasteraan Melayu lama wujud dalam pelbagai bentuk antaranya sastera rakyat, puisi Melayu lama, cerita berbingkai, sastera sejarah, sastera ketatanegaraan dan sastera undangundang. Kesusasteraan pada waktu itu memperlihatkan pertukaran konsep seiring dengan peralihan zaman. Sering kali ditemukan sastera saduran dan terjemahan daripada sastera luar dalam syair dan cerita penglipur lara misalnya. Melaluinya dikesani beberapa proses kreativiti Melayu yang rencam. Kemunculan tulisan-tulisan Abdullah Munsyi seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan pada kurun ke-19 dikonotasikan sebagai mengubah kesusasteraan Melayu lama (feudal) kepada bentuk baharu (moden). Hal ini diakui oleh Ismail Hussein, bahawa tulisan Abdullah Munsyi dilihat melanggar dan menghindari tradisi penulisan kesusasteraan Melayu lama. Sehubungan dengan itu, beliau diangkat sebagai pengarang Melayu pertama yang membawa unsur kritik dalam karya kesusasteraan Melayu seperti yang ditemukan dalam dua karya berkenaan. Tulisan ini rata-rata merupakan titik tolak kepada pemisahan antara kesusasteraan Melayu lama dengan kesusasteraan Melayu baharu.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4814
ISBN: 978-967-0021-70-6
Appears in Collections:Books (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
CONTENT_INTERTEKSTUALITI DALAM NOVEL S. OTHMAN KELANTAN.pdf539.88 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.