Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4806
Title: Kebolehbacaan Bahasa Arab di Malaysia
Authors: Kamarulzaman Abdul Ghani 
Mohd Ikhwan Abdullah 
Zulazhan Ab Halim 
Ahmad sabri Noh 
Keywords: Bahasa Arab
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit UMK
Abstract: 
Para penyelidik sudah membincangkan satu konsep berkaitan dengan tahap kesukaran sesuatu teks bacaan. Konsep yang dimaksudkan adalah kebolehbacaan atau dalam bahasa Inggeris diistilahkan sebagai readability. Manakala, dalam bahasa Arab disebut sebagai maqru’iyyah atau inqira’iyyah. Kebolehbacaan berbeza dengan konsep kebolehan membaca. Aspek yang menjadi tumpuan konsep kebolehbacaan adalah bahan bacaan itu sendiri. Manakala, kebolehan membaca memberi penekanan kepada individu pembaca. Secara umumnya dapat dinyatakan, kebolehbacaan adalah suatu proses meramal tahap susah ataupun senangnya sesebuah teks dan kesesuaiannya dengan tahap pembaca yang disasarkan. Kajian terawal cubaan mengukur tahap kebolehbacaan teks bahan
bacaan pernah diketahui berlaku pada kurun ke-10. Dalam penyelidikan era moden, kajian awal berkaitan kebolehbacaan bagi mengukur sesuatu bahan bacaan bermula pada tahun 1921. Bermula pada tahun 1950an, kajian kebolehbacaan berpindah ke era baru. Era ini menyaksikan aspek kebolehbacaan dikaji dengan lebih mendalam. Kemajuan yang dicapai dalam bidang-bidang lain juga turut memberi manfaat kepada kajian kebolehbacaan dan memperkukuhkan hasil dapatannya.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4806
ISBN: 978-967-0021-69-0
Appears in Collections:Books (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
FA TEXT BAHASA ARAB.pdf4.31 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.