Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4804
Title: Bab 12: Kesimpualan bagi Teknik Kerja dan Lapangan dalam Sains Sumber Asli
Authors: Aainaa Syazwani Mohammad Amir Hamzah 
Norashikin Fauzi 
Noor Janatun Naim Jemali 
Keywords: Hutan Hujan Tropika
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit UMK
Abstract: 
Kandungan koleksi teknik kerja lapangan untuk pemantauan hutan, haiwan dan tumbuhan ini menjelaskan kaedah lapangan yang boleh dipraktikkan oleh pengkaji daripada pelbagai peringkat. Teknik yang diterangkan dalam buku ini menjelaskan teknik lapangan yang betul, jenis peralatan yang sesuai, pakaian serta cara pengiraan dibincangkan pada setiap bab dengan mengunakan contoh dan data sebenar. Kajian kes dan ilustrasi yang dijelaskan adalah berdasarkan kajian lapangan sebenar dan pengalaman kerja lapangan yang telah dilakukan oleh setiap penulis itu sendiri.
Spesis Dipterokarpa menyumbang kepada biojisim atas tanah (above ground biomass) tertinggi dalam Hutan Hujan Tropika. Manakala liana (tumbuhan pemanjat yang melilit atau menggantung secara bersimpang-siur di antara pokok) pula mempunyai nilai ekologi dan ekonomi yang tinggi. Kaedah pengumpulan data bagi tumbuhan ini seperti pembinaan plot, pengukuran pokok, pengumpulan, pengeringan, pengecaman dan penamaan spesimen dan analisa data tumbuhan diterangkan dalam naskhah ini. Formula bagi mendapatkan luas pangkal pokok, ketinggian, biojisim atas tanah juga diberikan berserta contoh termasuklah cara pengiraan dan formula untuk mengira nilai kepentingan (IVi) bagi setiap spesies dalam plot kajian. Kaedah pengukuran biojisim atas tanah dan pengiraan stok karbon bagi liana di bicarakan secara terperinci dalam buku ini. Bagi pencinta halia, teknik lapangan dan penyediaan proses pengecaman spesies, penyediaan herbaria yang betul juga diterangkan dalam buku ini.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4804
ISBN: 978-967-0021-57-7
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FSB

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.