Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4799
Title: Bab 7: Kaedah Perangkap Kamera
Authors: Kamarul Ariffin Bin Kambali @ Hambali 
Nor Fakhira Fazli 
Atiyya Hazwani Ramli 
Siti Amalina Muhammad Nor 
Keywords: Perangkap kamera
Issue Date: 2023
Publisher: Penerbit UMK
Abstract: 
Perangkap kamera merujuk kepada penggunaan kamera yang dicetuskan dari jarak jauh secara automatik dengan mengambil apa sahaja gambar yang bergerak di hadapannya. Kebanyakan model perangkap kamera dicetuskan oleh sensor inframerah pasif yang dapat mengesan objek yang lebih panas daripada suhu persekitaran seperti haiwan, orang, atau kenderaan yang bergerak di hadapannya. Perangkap kamera paling kerap digunakan untuk menangkap gambar mamalia darat dan burung bersaiz sederhana hingga besar, tetapi juga digunakan untuk mamalia arboreal. Kaedah perangkap kamera mengalami kemajuan yang ketara berbanding dekad yang lalu. Perangkap kamera kini terkenal sebagai kaedah dalam penyelidikan kepelbagaian biologi terutama dalam kajian hidupan liar. Para penyelidik telah menggunakan kaedah perangkap kamera dalam kajian mereka kerana inventori kamera lebih efisien untuk digunakan di lapangan kerana dapat beroperasi selama 24 jam sepanjang hari, dengan merakam gambar dan video.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4799
ISBN: 978-967-0021-57-7
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FSB

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.