Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4733
Title: Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong: Menyingkap Keindahan Seni Bina Istana Tradisional Melayu Kelantan
Authors: Sahrudin Mohamed Som 
Keywords: Istana Tradisional Melayu Kelantan;Masjid Lama Kedai Mulong
Issue Date: 2023
Publisher: Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (PERADABAN)
Conference: Kolokium Antarabangsa Peradaban Wilayah Timur Laut 
Abstract: 
Pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah dilaksanakan pada tahun 2009 dengan pendekatan restorasi yang menekankan pengembalian kepada reka bentuk, bahan dan teknik pertukangan asal. Masjid Lama Kedai Mulong telah dibina pada awal abad ke-20, asalnya merupakan balairong seri milik Raja Dewa yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Bangunan ini telah dibeli oleh penduduk kampung pada tahun 1958 dan dipindah ke Kampung Kedai Mulong untuk dijadikan sebuah masjid. Pengubahsuaian dan penambahan oleh penduduk ke atas struktur yang berusia lebih 100 tahun ini telah menenggelamkan ciri-ciri asli seni bina yang asalnya merupakan sebuah balairong seri. Tujuan penulisan kertas kerja ini adalah bagi membincangkan bagaimana kerja-kerja pemuliharaan Masjid Lama Kedai Mulong telah berjaya mengembali dan menonjolkan semula keindahan nilai seni bina bangunan yang menjadi representasi kepada keindahan istana tradisional Melayu Kelantan. Kajian menggunapakai kaedah diskriptif kualitatif bersumberkan data primer dan sekunder, hasil temubual dengan respond terpilih dan analisis kandungan rekod serta dokumen projek pemuliharaan. Hasil penyelidikan mendapati, pemuliharaan pada tahun 2009 telah berjaya menonjolkan semula ciri-ciri asal seni bina bangunan dengan pendekatan merobohkan struktur tambahan baharu dan mengembalikan penggunaan bahan serta komponen binaan asal. Penemuan elemen mural menggunakan air emas pada sebahagian permukaan dinding dalam bangunan juga telah menyerlahkan lagi keindahan nilai seni bina Masjid Lama Kedai Mulong.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4733
ISBN: 978-967-2913-11-5
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Artikel Keindahan Msjd Mulong 2023.pdf3.44 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.