Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4562
Title: Perbezaan Etimologi dalam Qiraat al-Quran dan Kesannya kepada Pentafsiran : Kajian Terhadap Perkataan ُهَما) azallahumā’Fa َّ َزل َ (فَأ
Authors: Ismail Abd Halim 
Azhar Muhammad 
Ikmal Adnan 
Ahmad Asraff Ismail 
Keywords: Qiraat;Pentafsiran;Fa’azallahumā;Kesan Qiraat
Issue Date: 2022
Publisher: Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra
Journal: RABBANICA 
Abstract: 
Perbezaan qiraat al-Quran bukan hanya menyentuh aspek loghat semata-mata, tetapi ia juga menyentuh aspek yang lain daripada itu termasuk aspek etimologi bagi suatu perkataan. Ini menimbulkan suatu persoalan yang besar mengenai kesannya kepada pentafsiran al-Quran memandangkan aspek etimologi merupakan perkara tunjang bagi suatu perkataan serta mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku
perubahan makna yang ketara. Antara perkataan dalam al-Quran yang terdapat padanya perbezaan qiraat dalam aspek etimologi ini adalah perkataan fa’azallahumāُ (dalam ayat 36 daripada surah al-Baqarah. Kajian ini bertujuan mengkaji kesan perbezaan qiraat yang terdapat pada perkataan tersebut kepada pentafsiran al-Quran serta mendapatkan kepastian apakah perbezaannya membawa kepada perbezaan pentafsiran yang ketara serta menentukan fungsi perbezaan tersebut. Kajian kualitatif yang bersifat kepustakaan ini dilakukan secara analisis deduktif dan induktif daripada kitab-kitab muktabar dalam lapangan bidang ilmu qiraat, tawjih qiraat, tafsir al-Quran dan ilmu bahasa Arab. Hasil kajian mendapati bahawa salah satu daripada dua bentuk bacaan yang berbeza tersebut iaitu bacaan fa’azallahumā memberi makna yang lebih
luas iaitu menjawab persoalan yang timbul ketika membaca dengan bacaan fa’azallahumā. Selain itu, kajian ini juga telah memandang tepat (tarjih) pendapat yang mengatakan bahawa bacaan fa’azallahumā bermaksud “syaitan menggoda Adam dan Hawa” dan bukan “menghalau atau menggelincirkan” berdasarkan
beberapa hujah.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4562
ISBN: 2756-7893
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
SKT22 JurnalWan Ismail.pdf533.71 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.