Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4555
Title: Pencinta Sentiasa Bercinta
Authors: Siti Nurzahira Che Tahrim 
Azmi Abdullah 
Roza 
Adia Fadiah 
FauziahUmiChe 
Zulkifli Mohamed 
Danial Zaini 
SiKopiPanas 
Glay Hikaru 
Alimin 
Issue Date: 2022
Publisher: iPRO Publication
Abstract: 
Tujuan dijadikan manusia di atas muka bumi ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk beribadat kepada Tuhannya, juga untuk mengenal Tuhannya. Sejak dari alam roh, sekalian insan telah bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan mereka.
…"Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi"… (Surah Al-A’raaf, ayat 172).

Namun sejak disarungkan jasad, telah terhijablah mata hati. Lalu roh kehilangan Tuhannya, maka menangislah setiap anak Adam yang lahir ke bumi meratapi kehilangan itu. Tidaklah bermakna hidup ini jika tidak mengenal Penciptanya. Betapa penuh penyesalan apabila kembali ke hadrat Tuhan tanpa melunasi janji-janjinya. Begitulah perjalanan mati sebelum mati yang dinikmati bagi mereka yang mengerti. Biar pun perit, tabah dan kental menghadapi demi menggali cinta sejati.

Banyak khazanah syair-syair para ulama tidak terarkibkan hingga tidak dapat dinikmati oleh kita semua pada masa kini dan masa akan datang, terutamanya luahan dan rasa para pencinta yang sedang berlazat bermesra dengan Tuhannya.

Maka, buku Pencinta Sentiasa Bercinta adalah satu usaha kami, yang masih bertatih untuk mencintai Maha Pencipta, menghimpun luahan rasa cinta melalui puisi yang meliputi semua sudut perlakuan-perlakuan cinta kerana cinta itu bukan sahaja kata nama, tetapi adalah kata kerja jua. Kisah cinta perjalanan antara dua titik terakam merangkumi kisah-kisah cinta dan kasih sayang antara hamba dan Penciptanya serta sesama insan dan makhluk lainnya.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4555
ISBN: 978-967-13268-2-4
Appears in Collections:Books (Others) - FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
cip buku .pdf10.77 kBAdobe PDFView/Open
cover page published.jpgcover page57.98 kBJPEGView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.