Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4480
Title: Nilai Sosial Melalui Teori Pendekatan Sosiologi Dalam Filem Melayu Zombi Kampung Pisang
Authors: Nor Aima Salsabila Binti Mamat 
Nurul Afiqah Binti Zulkefli 
Nurul Nabilah Binti Shamsudin 
Siti Munirah Binti Sayuti 
Siti Nur Anis Binti Wan Abdullah 
Siti Nur Syakira Binti Ab Aziz 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Keywords: Nilai Sosial;Teori Pendekatan Sosiologi
Issue Date: 2022
Conference: e-proceeding Webinar Pelestarian Warisan Budaya Di Persada Dunia 2022 
Abstract: 
Filem Zombi Kampung Pisang merupakan sebuah filem yang bergenre komedi di mana ia menceritakan perihal kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan iaitu Kampung Pisang. Kajian ini dilaksanakan untuk mencapai objektif iaitu mengenalpasti dan mengkaji nilai-nilai sosial dalam filem Zombi Kampung Pisang dan menghuraikan nilai-nilai sosial melalui teori pendekatan sosiologi dalam Filem Melayu Zombi Kampung Pisang. Metodologi kajian yang dipilih adalah menggunakan kaedah kualitatif dengan pengaplikasian kaedah seperti rujukan teks dan filem, kaedah kepustakaan, dan kaedah penyelidikan laman web. Kajian yang dibuat ini juga adalah berlandaskan teori pendekatan sosiologi. Dapatan kajian menunjukkan beberapa kebaikan di mana wujud nilai sosial yang positif dalam kalangan masyarakat di Kampung Pisang dalam filem Zombi Kampung Pisang. Nilai sosial yang didapati dalam filem Melayu ini ialah nilai berani, nilai tolong-menolong, nilai kesetiaan dan banyak lagi nilai-nilai sosial yang diperolehi. Kesemua nilai sosial ini telah menjadikan masyarakat di Kampung Pisang hidup dalam keadaan yang bermuafakat antara satu sama lain. Secara tuntasnya, nilai sosial melalui teori pendekatan sosiologi dalam filem Melayu Zombi Kampung Pisang sangat bagus di mana ia mewujudkan persekitaran yang harmoni walaupun terdapat beberapa masalah ataupun isu lain yang dibangkitkan. Filem ini juga boleh menjadi satu pembelajaran dan pengajaran kepada semua
masyarakat.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4480
ISBN: 978-967-0021-14-0
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
ePROCEEDING_WEBINAR PELESTARIAN WARISAN BUDAYA DI PERSADA DUNIA 2022.pdf5.71 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.