Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4478
Title: Nilai Sosial Dalam Novel Srengenge Melalui Teori Sosiologi Sastera: Pendekatan Sosiologi
Authors: Zahida Atiqah binti Abdul Wahab 
Naizatul Nazira binti Abdul Aziz 
Nur Arfadina binti Sukr 
Nor Izzah binti A.Wahab 
Nor Ayuni binti M.Aris 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Keywords: Nilai sosial;Teori Sosiologi Sastera
Issue Date: 2022
Publisher: UMK
Conference: e-proceeding Webinar Pelestarian Warisan Budaya Di Persada Dunia 2022 
Abstract: 
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji nilai sosial dalam novel Srengenge melalui teori sosiologi sastera dengan menggunakan pendekatan sosiologi. Adanya aturan yang perlu kita patuhi dalam kehidupan kelompok masyarakat dan peraturan tersebut perlulah mempunyai kesepakatan antara semua pihak. Peraturan tersebut adalah untuk melahirkan atau mengekalkan keteraturan nilai sosial. Nilai sosial mempunyai pelbagai prinsip, tanggapan ataupun satu situasi atau keadaan yang akan terjadi dalam sesebuah masyarakat. Nilai sosial ini akan menjadi satu pegangan hidup dalam menjalani kehidupan hidup bermasyarakat dan merupakan satu nilai yang positif serta wajib diamalkan atau dipatuhi. Nilai sosial ini bukan berbentuk tulisan tetapi ianya secara lisan serta setiap anggota masyarakat mengetahui dan bersepakat. Nilai sosial ini pewarisannya diamalkan secara turun-temurun oleh generasi terdahulu sehingga ke generasi kini. Dalam sesebuah kelompok masyarakat, nilai sosial ini bersifat sama rata dan akan ada perubahan mengikut perkembangan situasi masyarakat itu sendiri. Nilai sosial ini sangat penting untuk mengatur setiap hubungan antara anggota masyarakat. Di dalam novel Srengenge ini iaitu karya Shahnon Ahmad telah menerapkan beberapa nilai sosial di dalam novelnya yang menjadikan sesebuah karya tersebut mempunyai nilai yang tinggi dan unggul. Di dalam drama Srengenge ini telah mengaplikasikan teori sosiologi sastera. Secara umumnya sosiologi boleh diertikan sebagai salah satu pembelajaran objektif mengenai manusia dan kalangan masyarakat yang menyentuh tentang proses-proses sosial yang ada terdapat di dalamnya. Nilai sosial ini pasti akan menjadikan segala fenomena sosial sebagai satu bahan ujikaji atau kajian yang dihuraikan dalam bentuk ilmiah merangkumi pola bahasa, kebudayaan, ekonomi, sastera bahasa dan sebaginya. Melalui proses ini akan dapat mengetahui bagaimana cara seseorang individu itu dapat berhubung atau berinteraksi dalam komuniti serta jalinan sosialnya sehingga dapat diterima secara baik dalam sesebuah kelompok masyarakat
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4478
ISBN: 978-967-0021-14-0
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
ePROCEEDING_WEBINAR PELESTARIAN WARISAN BUDAYA DI PERSADA DUNIA 2022.pdf5.71 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.