Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4474
Title: Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022) Sebuah Filem Cerminan Ummah
Authors: fatimah muhd shukri 
Nur Asfarina Ab Aziz 
Mohd Saipuddin Suliman 
Keywords: MKKP; Ummah;Nasionalisme
Issue Date: 2022
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa Dan Pembangunan Insan, UMK
Conference: International Conference on Ummah 2022 
Abstract: 
Tanggal 23 Jun 2022, masyarakat Malaysia telah disajikan dengan sebuah filem mengenai pendudukan British di Tanah Melayu iaitu filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (MKKP) (2022). Filem ini telah mencetuskan fenomena iaitu dari segi kutipan tiket yang mencecah RM90juta selepas 33 hari tayangan dan telah merangsang semangat nasionalisme. Filem ini memaparkan nilai sejarah, nasionalisme dan perpaduan ummah. Dalam pembangunan era digital, filem memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej dan sebagai medium hubungan bagi merapatkan jurang antara kaum. Namun begitu, filem Malaysia yang mencerminkan ummah atau masyarakat Malaysia masih kurang dihasilkan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, timbulnya satu persoalan yang ingin dijawab dalam makalah ini iaitu, adakah filem MKKP memaparkan aspek perpaduan ummah?. Makalah ini bersandarkan kepada kajian penyelidikan asas dengan reka bentuk kajian kualitatif. Kajian perpustakaan turut diaplikasikan bagi mengumpul data dalam bentuk cetakan dan digital. Analisis kandungan diaplikasikan bagi menganalisis data bentuk digital yang diperoleh daripada filem MKKP. Makalah ini menerapkan lima panduan keperluan sosial dan psikologi yang perlu dipenuhi oleh pengguna media dalam Teori Kepuasan dan Kegunaan yang diperkenalkan oleh Katz, Gurevitch, dan Haas. Secara keseluruhannya, makalah ini merakamkan, lima panduan keperluan sosial dan psikologi yang perlu dipenuhi oleh pengguna media dan didapati terdapat dalam filem MKKP sama ada dalam proses produksi atau penggambaran mahupun kandungan filem tersebut. Berdasarkan penilaian peribadi pemakalah, antara lima keperluan ini, keperluan kognitif, afektif dan integratif sosial diteliti melebihi keperluan integratif dan keperluan mengurangkan tekanan. Hal ini kerana, tiga keperluan tersebut diteliti lebih menyerlah dan memberi impak kepada penonton dengan disaksikan sendiri semasa melakukan penontonan di panggung wayang.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4474
ISBN: 978-967-0021-48-5
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eProceeding ICU 2022-783-793.pdf582.85 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.