Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4464
Title: Pemuliharaan Rumah Kedai Lama yang Menepati Falsafah Pembentukan Imej dan Identiti Bandaraya Islam di Kota Bharu Kelantan
Authors: Farrah Atikah Saari 
Issue Date: 2022
Publisher: Pejabat Karang Mengarang UPSI 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
Conference: Seminar Internasional Literatur Nusantara Ketiga 
Abstract: 
Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan pelbagai jenis bangunan yang telah wujud sejak sekian lama. Bangunan warisan yang dibina adalah hasil daripada sistem sosial, pengaruh ekonomi, pengaruh politik, pencampuran budaya serta penggunaan teknologi. Setiap senibina yang dibina melambangkan spirit of times atau jiwa sezaman atau jiwa setempat (Rasdi, M. T. H. M., & Mursib, G. 2001). Selain itu, bangunan rumah kedai lama masih menonjolkan kewibawaan yang terpengaruh terhadap kemahiran senibina masyarakat zaman dahulu. Kini rumah kedai lama memerlukan perhatian yang sewajarnya sebagai sebuah bangunan warisan yang perlu dijaga dan diurus dengan baik. Kesedaran dan keperihatinan masyarakat terhadap rumah kedai lama perlu dipantau supaya bangunan ini tidak terpinggir dan pupus ditelan zaman. Generasi kini yang sedang membangun bersama arus pembangunan moden perlu didedahka mengenai kepentingan warisan tradisi yang mempunyai nilai dan boleh dihargai sehingga kini. Kepelbagaian pengaruh reka bentuk dan penggunaan bahan binaan yang mampan sehingga ke hari ini telah menjadikan rumah kedai ini sebagai asas kepada keunikan alam bina melayu. Hal ini kerana, biarpun rumah kedai telah berusia berpuluh tahun, terdapat sebahagian struktur rumah kedai yang masih bertahan dan menjalankan fungsinya seperti biasa tanpa membahayakan penghuninya. Oleh itu, kajian yang lebih menyeluruh untuk memelihara struktur rumah kedai secara sistematik perlu dirancang supaya pengabaian rumah-rumah kedai tradisi lama boleh dielakkan, (Mohamad Sohaimi, M. 2017). Menurut Rasdi, M. T. H. M. (2008), pengetahuan warisan seni bina merupakan simbol kesedaran tamadun tempatan dan sebagai kesinambungan kehidupan tradisi dengan penyesuaian kehidupan masa kini. Pemuliharaan warisan sedia ada dengan mengikut garis panduan terperinci berkaitan pengekalan bangunan dan kawasan yang bersejarah mampu memaparkan elemen nilai kesenian yang halus dan dapat menyerlahkan warisan seni bina sesuatu tempat.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4464
ISBN: 978-629-7524-00-9
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
EPROSIDING SILIN 3.0.pdf5.54 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.