Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4463
Title: Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan yang perlu Dipelihara
Authors: Farrah Atikah Saari 
Mohamad Rahimi Akmal Mat Hassan 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Sahrudin Mohamed Som 
Keywords: Dato’ Haji Ahmad Maher;khazanah warisan
Issue Date: 2022
Publisher: E-proceeding bagi Webinar Pelestarian Warisan Budaya Di Persada Global 2022
Abstract: 
Penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Keistimewaan Senibina Rumah Dato’ Haji Ahmad Maher Sebagai Khazanah Warisan Yang Perlu Dipelihara”. Dato’ Haji Ahmad Maher merupakan bekas Mufti ke-7 Kelantan yang memegang jawatan pada tahun 1945 hingga 1968. Kediaman bekas mufti ini dibina selepas era Kolonial British di Tanah Melayu dan lokasinya di Kota Bharu. Objektif kajian adalah bagi mengenal pasti sejarah dan keistimewaan pengaruh seni bina rumah Dato’ Haji Ahmad Maher. Kaedah pemerhatian dan temuramah digunakan bagi melengkapkan data kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa rumah tersebut mempunyai sejarah yang cukup unik. Pembinaan rumah melibatkan kepakaran daripada luar seperti pemasangan bumbung atap singgora yang melibatkan petukang mahir daripada Pattani dan atap singgora berkenaan ditempah khas daripada Songkhla, Thailand. Manakala, pembinaan beberapa struktur berukir melibatkan petukang Melayu dari Besut, Terengganu. Pengaruh seni bina tradisional Melayu pula dapat dilihat melalui binaan struktur bumbung, tiang, lantai, dinding dan struktur-struktur lain. Setiap struktur mencerminkan budaya, falsafah hidup dan tamadun masyarakat Melayu. Terdapat juga pengaruh Cina dan Inggeris pada binaan rumah tersebut yang amat menarik. Kesimpulannya, kajian telah memberi kesedaran tentang kepentingan nilai warisan rumah Dato’ Haji Ahmad Maher kepada semua pihak dan langkah pemuliharaan perlu dilaksanakan agar khazanah yang berharga ini dapat diselamatkan untuk tatapan generasi akan datang.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4463
ISBN: 978-967-0021-14-0
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
WEBINAR PELESTARIAN WARISAN BUDAYA DI PERSADA DUNIA 2022.pdf5.06 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.