Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4436
Title: Pelaksanaan Taksonomi Fikir-Zikir (FiZi) Di Sekolah Terpilih Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Authors: Noor Hisham Md Nawi 
Keywords: Taksonomi;pendidikan bersepadu;pandangan alam Islam
Issue Date: 2022
Publisher: FBI UMK
Conference: International Conference on Ummah 
Abstract: 
Ramai sarjana pendidikan Islam mengkritik Taksonomi Bloom atas beberapa kelemahannya dan berusaha untuk membina taksonomi alternatif. Taksonomi Fikir-Zikir (ZiFi) adalah salah satu taksonomi alternatif yang bertujuan untuk membantu guru melaksanakan PdP bersepadu. Kesepaduan dalam penulisan ini adalah merujuk kepada kesepaduan fardu ain dan fardu kifayah. Taksonomi FiZi adalah satu usaha penggabungan potensi fikir pelajar berasaskan domain kognitif dengan potensi zikir berasaskan domain kerohanian. Ia mengandungi lapan tahap yang boleh memandu guru tentang aras kesepaduan yang diingini dan dirancang dalam proses PdP. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji kebolehlaksanaan Taksonomi FiZi di beberapa sekolah terpilih di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK). Kajian menggunakan kaedah Diskusi Kumpulan Berfokus (FGD) untuk mendapatkan pandangan peserta tentang kebolehlaksanaan Taksonomi FiZi dalam menghasilkan PdP bersepadu. Analisis FGD telah menghasilkan 5 tema besar iaitu kefahaman makna pendidikan bersepadu dan PdP bersepadu dalam kalangan peserta, realiti pelaksanaan PdP bersepadu, latihan dan pendedahan PdP bersepadu, penilaian aplikasi Taksonomi FiZi dan cadangan penambahbaikan pelaksanaan pendidikan bersepadu dengan menggunakan Taksonomi FiZi. Setiap tema tersebut mengandungi beberapa sub tema yang tersendiri. Taksonomi FiZi ini adalah salah satu dari mata rantai usaha berterusan untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu melaksanakan gagasan pendidikan bersepadu bagi melahirkan insan soleh-muslih yang berperanan besar dalam pembangunan ummah.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4436
ISBN: 978-967-0021-48-5
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eProceeding ICU 2022.pdf15.92 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.