Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4433
Title: Kerangka Taksonomi Kerohanian Fikir-Zikir : Satu Penelitian Awal
Authors: Noor Hisham Md Nawi 
Keywords: Pendidikan Islam;Pendidikan bersepadu;Fikir;Taksonomi
Issue Date: 2022
Publisher: IPG Kampus Pendidikan Islam
Journal: Jurnal Marbawi 
Abstract: 
Ramai sarjana pendidikan Islam mengkritik Taksonomi Bloom atas kelemahannya tidak menyantuni domain kerohanian dan penekanannya yang berlebihan kepada aspek kognitif. Tujuan penulisan ini adalah untuk membina satu kerangka taksonomi kerohanian berasaskan gagasan pendidikan bersepadu. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan bersepadu kualitatif gabungan kaedah penyelidikan turath Islami dan kaedah deskriptif secara deduktif induktif berteraskan pandangan alam Islam. Dapatan menunjukkan bahawa konsep pemikiran dan berfikir menurut pandangan alam Islam berbeza dengan Taksonomi Bloom kerana ia melibatkan peranan akal dan hati secara bersepadu. Berdasarkan kefahaman tersebut, sistem pendidikan Islam memerlukan taksonomi kerohanian yang menggabungkan konsep fikir-zikir secara bersepadu. Untuk membangunkan taksonomi tersebut, satu kerangka domain taksonomi kerohanian bagi pelajar muslim dibangunkan yang mengandungi enam konstruk dengan enam tahap beserta dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Kerangka ini hanyalah satu usaha awalan untuk mencapai matlamat yang lebih besar iaitu membantu pendidik melaksanakan gagasan pendidikan bersepadu yang berjaya mengharmonikan potensi intelektual dan kerohanian yang tepat berteraskan prinsip tauhid.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4433
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Jurnal Marbawi versi Online.pdf2.23 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.