Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4411
Title: Reka Bentuk Penilaian Alternatif Dalam Talian Bagi Kursuskursus Massive Open Online Course (MOOC) Bagi Universiti Awam (UA)
Authors: Nur Dini Hazri 
Anuar Mohd Yusof 
Zur’ Ain Wardah Rizaliman 
Keywords: Massive Open Online Course;OpenLearning,Penilaian Alternatif
Issue Date: 1-Mar-2022
Publisher: International Journal of Creative Future and Heritage
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Pada masa kini, inovasi untuk alat bantu mengajar adalah keperluan penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat berjalan dengan lancar. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian alternatif dalam talian bagi kursus Massive Open Online Course(MOOC) di universiti awam yang berdaftar di MOOC Malaysia. Hal ini adalah untuk mengetahui penilaian dalam talian yang digunakan dalam platform OpenLearningbagi universiti awam terpilih berdasarkan daripada tiga kategori universiti di Malaysia. Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) sangat penting bagi memastikan pensyarah menyampaikan pembelajaran yang berkualiti. Oleh itu, pelajar mudah memahami proses pengajaran yang sedang berlaku. Malah, alat dalam talian ini sangat penting untuk membantu pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta memupuk semangat dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih tekun. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisa dokumen iaitu penyelidik memperoleh maklumat dan bahan dari laman sesawang dan internet dengan mengikuti kursus-kursus MOOC di platform OpenLearningsetiap universiti. Sebanyak Sembilan (9) universiti awam terlibat dalam mendapatkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan penilaian alternatif yang digunakan bagi setiap kursus MOOC. Disamping itu, hasil kajian menunjukkan bahawa perlaksanaan penilaian alternatif dapat membantu pelajar memahami kursus yang dipelajari dengan baik dan boleh menjadi alternatif untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan platform dalam talian
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4411
ISSN: 2289-4527
DOI: 10.47252/teniat.v10i1
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Other Publication

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.