Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4388
Title: Perlambangan Alam Dalam Peribahasa Melayu Melalui Perspektif Teori Keindahan Braginsky
Authors: Nordiana Ab Jabar 
Keywords: keindahan;teori Keindahan Braginsky
Issue Date: 2022
Publisher: Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Sultan Zainal Abidin Kampus Gong Badak 21300 Kuala Nerus Terengganu
Conference: International Conference on Malay, Arabic and English Literature 
Abstract: 
Peribahasa merupakan harta kekayaan genre kesusasteraan tradisional yang amat bernilai bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu memanifestasikan alam sebagai lambang atau simbol kepada sesuatu perihal, objek mahupun perwatakan manusia menerusi peribahasa dengan cara penyampaian yang halus dan berbudi bahasa. Data kajian ini diperoleh daripada buku Kamus Peribahasa Melayu oleh Sapinah Haji Said (2013) dan Memahami Asal Usul Peribahasa Melayu oleh Md Ridzuan Md Nasir (2020). Selain itu, kajian ini menggunakan Teori Keindahan Braginsky untuk menganalisis data kajian menerusi dua pendekatan yakni pendekatan keindahan dalaman yang merujuk kepada aspek asal usul keindahan dan pendekatan keindahan luaran iaitu aspek sifatsifat immanen keindahan serta psikologi persepsi keindahan. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa makna keindahan simbol alam semula jadi mempunyai hubung kait dengan kekuasaan Allah SWT serta dapat memberi kesan kepada khalayak melalui keindahan penggunaan
gaya bahasa yang digunakan dalam peribahasa. Oleh yang demikian, kajian sebegini diharap dapat dijadikan sumber ilham kepada pengkaji lain untuk memperluas kajian tentang keindahan peribahasaMelayu di samping menjadi wadah kepada semua pihak untuk terus memelihara peribahasa Melayu sebagai produk warisan bangsa Melayu kepada generasi akan datang agar ia tidak terus hilang dimamah zaman.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4388
ISBN: 978-967-25691-1-4
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Prosiding-ICMAEL-22 (1).pdf14.41 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.