Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4218
Title: Aktiviti Kawasan Rukun Tetangga Sebagai Tapak Integrasi
Authors: Lina Mastura Jusoh 
Zaleha Embong 
Keywords: Kawasan Rukun Tetangga;Tapak Integrasi
Issue Date: 2022
Publisher: Faculty of Language Studies and Human Development, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Project: Fundamental Research Grant Scheme (FRGS), Grant No: FRGS/1/2020/SS0/UMK/02/3 
Conference: INTERNATIONAL CONFERENCE ON UMMAH (ICU) 2022 
Abstract: 
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu Melayu, Cina, India, dan lain-lain. Lazimnya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk sering mengalami konflik. Namun begitu, Malaysia berada dalam keadaan aman dan ketegangan yang stabil. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan menubuhkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menguruskan masyarakat majmuk. Penubuhan KRT bertujuan untuk memelihara, menambah baik, dan memperkukuh perpaduan rakyat dan integrasi nasional selaras dengan dasar pembangunan negara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. KRT dilihat sebagai agen perdamaian kerana aktiviti yang dianjurkannya dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu dalam masyarakat majmuk. Oleh itu, KRT dianggap sebagai tapak integrasi kerana menjadi titik pertemuan dalam kalangan masyarakat majmuk. Maka, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti peranan KRT sebagai tapak integrasi dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu temu bual mendalam dan analisis data menggunakan kaedah tematik. Hasil dapatan mendapati aktiviti yang dijalankan di KRT dapat membina keharmonian dalam kalangan penduduk seperti sambutan kemerdekaan, sukan, bantuan kemanusiaan, aktiviti kanak-kanak, dan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Artikel ini menunjukkan bahawa KRT bertindak sebagai tapak integrasi melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang dilakukan apabila menjadi titik pertemuan masyarakat setempat.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4218
ISBN: 978-967-0021-48-5
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eProceeding ICU 2022 ZALEHA 3.pdf262.94 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.