Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4199
Title: Pengurusan Masyarakat Kepelbagaian dalam Kawasan Rukun Tetangga di Malaysia: Satu Analisis
Authors: Zaleha Embong 
Keywords: Pengurusan;Masyarakat Kepelbagaian;Kawasan Rukun Tetangga;Kesepaduan Sosial
Issue Date: 2022
Publisher: Faculty of Language Studies and Human Development, UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
Project: FRGS (FRGS/1/2020/SS0/UMK/02/3) 
Conference: INTERNATIONAL CONFERENCE ON UMMAH (ICU) 2022 
Abstract: 
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) adalah sebuah organisasi yang menekankan konsep sukarela dan merupakan satu-satunya organisasi sukarela yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. KRT bertujuan mempromosikan kefahaman dan interaksi dalam masyarakat kepelbagaian di negara ini. Hal ini bertepatan dengan objektif penubuhan KRT iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan serta integrasi nasional selaras dengan dasar-dasar kerajaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Pelbagai program yang diadakan di KRT bertujuan untuk mengurus masyarakat kepelbagaian demi memupuk hubungan kesepaduan sosial. Proses dan usaha yang dimainkan oleh KRT dalam hal kemasyarakatan telah memberi implikasi besar kepada hubungan masyarakat Malaysia. Maka, menjadi objektif kajian ini untuk mengenal pasti kaedah pengurusan masyarakat kepelbagaian di KRT dan menganalisis peranannya dalam memperkukuh kesepaduan sosial. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah kepustakaan dan temu bual secara mendalam. Manakala, kaedah penganalisisan data pula menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dapatan mendapati, KRT wujud sebagai ruang pertemuan untuk melaksanakan pelbagai program dan menyelesaikan masalah sosial. Program-program yang dilaksanakan secara sistematik dan terancang membantu menguruskan masyarakat kepelbagaian dalam KRT. Hal ini memberi manfaat kepada masyarakat dan negara dalam usaha memperkukuhkan kesepaduan sosial yang dikecapi negara pada ketika ini.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4199
ISBN: 978-967-0021-48-5
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eProceeding ICU 2022 ZALEHA.pdf205.04 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.