Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4167
Title: Realiti Terimbuh Kubu Peperangan British Di Kelantan Sebagai Medium Pembelajaran Dalam Konservasi Warisan Di Kelantan
Authors: Hashim N.A 
Anuar T.F.T. 
Muhammad S A 
Narayanen S 
Saidin M. 
Shuhaimi N F 
Keywords: Realiti Terimbuh
Issue Date: 2022
Publisher: UMK
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Realiti terimbuh telah digunakan dalam 4IR untuk pelbagai bidang, termasuk pendidikan, pelancongan, perniagaan, perkhidmatan dan komunikasi. Dalam pendidikan, realiti terimbuh digunakan sebagai medium pemuliharaan warisan dengan mencipta semula monumen fizikal dalam persekitaran maya. Realiti terimbuh digunakan untuk memelihara kubu peperangan British. Penyelidikan ini memfokuskan kepada dua lokasi di Negeri Kelantan iaitu di Kampung Ger dengan koordinat 6 ° 00 ́00.4 ° N 102 ° 22 ́55.2 ° E dan Kampung Tok Burung terletak pada koordinat 6 ° 04 ́33.7 ° N 102 ° 23 ́. 45.5 ° E. Penggunaan realiti terimbuh dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menambah baik kaedah penyampaian pensyarah untuk menarik minat pelajar. Penggunaan realiti terimbuh dalam pembelajaran konservasi warisan dapat meningkatkan pemahaman artifak dan monumen dengan lebih terperinci. Penggunaan realiti terimbuh memudahkan pembelajaran tentang pemuliharaan dan menambah baik kaedah pengajaran yang melibatkan kubu peperangan British. Pengalaman maya dari segi bahan, pembinaan, pemasangan telah membantu pelajar dalam menentukan elemen, dimensi, struktur dan ukuran yang betul bagi memahami pengetahuan asas pemuliharaan. Pelajar telah diberi tugasan berkumpulan untuk mencipta model 3D struktur kubu peperangan British. Kubu peperangan British yang dihasilkan melalui maya menggunakan penanda dalam bentuk imej kubu tersebut. Untuk mengakses maklumat mengenai kubu, pengguna hanya perlu mengimbas gambar tersebut. Rentetan daripada Covid-19, pelajar tidak dibenarkan untuk menjalankan kajian di luar kawasan. Berdasarkan analisis yang diperoleh, para pelajar bersetuju akan penggunaan realiti terimbuh dalam pembelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan pada masa akan datang.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4167
ISSN: 2289-4527
DOI: 10.47252/teniat.v10i2
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
TENIAT+Vol.X,+Issue+No+2-13-23 (1).pdf855.09 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.