Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/4077
Title: Adakah Sama Atau Berbeza? Satu Perkongsian Penggunaan Dialek Melayu Kelantan dan Dialek Melayu Patani dalam Kalangan Pelajar Jurusan Bahasa Melayu di Universiti Yala Rajabhat, Thailand dalam Kursus Pengacaraan Majlis Tempatan
Authors: Khuzaiton Zakaria 
Nurul Huda Sa'dama 
Keywords: bahasa Melayu;Dialek Melayu Kelantan;Dialek Melayu Patani;pelajar Jurusan Bahasa Melayu;Kursus Pengacaraan Majlis Tempatan
Issue Date: 2022
Publisher: Penerbit UMK
Conference: INTERNATIONAL CONFERENCE ON UMMAH (ICU) 
Abstract: 
Dialek dipertuturkan dari satu generasi ke satu generasi dalam sesuatu daerah yang berbeza daripada bahasa standard. Dialek Melayu Kelantan dipertuturkan oleh masyarakat Kelantan manakala dialek Melayu Patani dipertuturkan oleh masyarakat Melayu di tiga wilayah selatan Thai iaitu Narawathiwat, Yala dan Patani. Dialek Melayu Patani masih digunakan oleh orangorang Melayu di tiga wilayah tersebut walaupun bahasa Thai menjadi bahasa harian yang digunakan apabila mereka berkomunikasi. Kertas kerja ini adalah berdasarkan pengalaman pengkaji mengajar kursus Pengacaraan Majlis Tempatan kepada pelajar Jurusan Bahasa Melayu di Yala Rajabhat University, Thailand. Kursus ini telah diadakan dalam bahasa Melayu selama 6 minggu dengan kerjasama pensyarah bahasa Melayu dari universiti tersebut. Semasa kursus berlangsung, pengkaji mendapati banyak perkataan dalam dialek Melayu Patani yang digunakan oleh pelajar Jurusan Bahasa Melayu di dalam kelas mempunyai persamaan dengan dialek Melayu Kelantan. Namun, terdapat juga perbezaan dari segi sebutan tetapi mempunyai maksud yang sama. Kertas kerja ini membentangkan persamaan dan perbezaan 100 perkataan yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
kata penguat dalam dialek Melayu Patani dan dialek Melayu Kelantan yang digunakan oleh pelajar dalam kursus Pengacaraan Majlis Tempatan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/4077
ISBN: 978-967-0021-48-5
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eProceeding ICU 2022 (1).pdf15.81 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.