Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3874
Title: Kajian Mengenai Nilai Murni Melalui Keunikan Dialek Kelantan Dalam Cerita Rakyat Melayu Di Kelantan
Authors: Mohd Firdaus Che Yaacob 
Suritini Ismail 
Daeng Haliza Daeng Jamal 
Sahrudin Mohamed Som 
Farrah Atikah Saari 
Nasirin Abdillah 
Keywords: Cerita rakyat Melayu;Dialek Kelantan;Nilai Murni;Pendekatan Kemasyarakatan
Issue Date: 2022
Publisher: Penerbit UMK
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Pada era globalisasi kini, penyelidikan terhadap cerita rakyat Melayu semakin popular dan mendapat tempat dalam kalangan para sarjana di Malaysia. Hal ini kerana, para sarjana di dalam dunia akademik telah menyedari bahawa cerita rakyat Melayu merupakan bahan yang sewajarnya diangkat kerana kaya dengan nilai warisan kebudayaan Melayu. Kajian ini dijalankan kerana rata-rata masyarakat pada hari ini Menganggap cerita rakyat hanya bersifat rekaan semata-mata, sekadar berhibur dan tidak memiliki nilai-nilai murni yang dapat dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti dan menganalisis nilai murni baik hati berdasarkan kepada keunikan dialek Kelantan yang terkandung di dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan. Seterusnya, kajian ini sekali gus akan mendokumentasikan dan memartabatkan keunikan dialek Kelantan yang terkandung di dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan. Selain itu, kajian ini membataskan sebelas cerita rakyat Melayu yang diperoleh daripada sumber di Bachok, Kelantan sebagai data kajian. Tambahan pula, pendekatan analisis kandungan kualitatif dipilih sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Di samping itu, pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk memantapkan hujah perbincangan. Sebagai kesimpulannya, kajian ini juga berhasil membuktikan beberapa penemuan melalui penelitian terperinci terhadap keunikan dialek Kelantan yang terkandung dalam cerita rakyat Melayu di Bachok, Kelantan yang menggambarkan ketamadunan masyarakat pada masa lampau melalui amalan nilai-nilai murni yang jitu.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3874
ISSN: 2289-4527
DOI: 10.47252/teniat.v10i1
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.