Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3716
Title: Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Iqra' Murid Berkeperluan Khas (Pendengaran): Satu Kajian Rintis
Authors: Hifzan Mat Hussin 
Kamarulzaman Abdul Ghani 
Norazmi Anas 
Keywords: Amalan Pengajaran Buku;Pendidikan Islam;Pendidikan Khas
Issue Date: 2022
Publisher: UiTM Press
Abstract: 
Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar Muslim termasuk murid berkeperluan khas seperti golongan bermasalah pendengaran yang tergolong dalam mukallaf. Mereka ditaklifkan dengan ibadah dalam agama seperti solat, puasa dan haji melainkan mereka yang mempunyai dua kecacatan iaitu pekak dan buta. Program j-QAF Pendidikan Khas dilaksanakan pada tahun 2007 untuk memperkasakan mata pelajaran Pendidikan Islam. Model Pengajaran dan Pembelajaran Iqra’ yang dilaksanakan dalam program j-QAF amat menekankan penguasaan bacaan iqra’ murid berkeperluan khas (MBK). Namun, data e-pelaporan j-QAF saban tahun menunjukkan tahap bacaan iqra’ dalam kalangan murid pendidikan khas sangat lemah dan tidak menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun program ini sudah dilaksanakan lebih 10 tahun. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dilaksanakan berkaitan amalan pengajaran guru, namun amalan pengajaran guru Pendidikan Islam berkaitan pengajaran iqra’ pendidikan khas kurang dikaji khususnya terhadap murid bermasalah pendengaran. Kajian lepas juga banyak mengkaji mengenai amalan pengajaran guru di aliran perdana secara umum melibatkan mata pelajaran Pendidikan Islam. Guru memainkan peranan utama dalam melaksanakan dasar-dasar pendidikan negara seperti yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025). Justeru, tulisan ini akan meneroka amalan pengajaran guru Pendidikan Islam (GPIPK) dalam pengajaran iqra’ murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran di Kelantan. Kajian ini memilih kaedah penyelidikan secara kualitatif dan persampelan bertujuan. Kajian rintis telah dilaksanakan untuk mengenalpasti kesahan dan kebolehpercayaan soalan temubual semi struktur amalan pengajaran guru. Kajian ini akan memberi manfaat kepada GPIPK, pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam usaha meningkatkan pengajaran GPIPK sekolah rendah selain turut menjadi sumber rujukan pengkaji-pengkaji akan datang.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3716
ISBN: 978-967-2776-07-9
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
page 1-15.pdf74.9 MBAdobe PDFView/Open
113-118.pdf2.18 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.