Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3702
Title: Pengetahuan dan Kemahiran Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dalam Pengajaran Iqra’
Authors: Hussin, Hifzan M. 
Kamarulzaman Abdul Ghani 
Keywords: Pendidikan Islam;Iqra’;Guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas;Masalah Pendengaran;Pengetahuan;Kemahiran
Issue Date: 2022
Publisher: KOLEJ POLY-TECH MARA KOTA BHARU
Conference: THE ICTE’22 INTERNATIONAL CONFERENCE ON TEACHER EDUCATION 2022 
Abstract: 
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid Islam termasuk murid berkeperluan khas seperti bermasalah pendengaran yang tergolong dalam golongan mukallaf. Mereka diwajibkan beribadah dalam agama seperti solat, puasa dan haji. Program j-QAF Pendidikan Khas telah dilaksanakan pada tahun 2007, yang menekankan Model Pengajaran dan Pembelajaran Iqra' bertujuan untuk memantapkan mata pelajaran Pendidikan Islam. Namun, data epelaporan j-QAF pada setiap tahun menunjukkan tahap bacaan iqra' dalam kalangan murid pendidikan khas tidak menunjukkan peningkatan yang ketara, walaupun program tersebut telah dilaksanakan lebih 10 tahun. Oleh itu, kajian ini bertujuan meneroka pengetahuan dan kemahiran guru Pendidikan Islam Pendidikan Khas (GPIPK) dalam pengajaran iqra' murid berkeperluan khas masalah pendengaran di Kelantan. Kajian ini memilih kaedah kajian kualitatif secara kajian kes dan pensampelan secara bertu juan melibatkan tujuh orang peserta sebagai informan daripada tiga buahsekolah di Kelantan. Secara keseluruhan dapatan kajian telah menemui enam tema, bagi menjawab persoalan kajian. Kajian ini memberi manfaat kepada GPIPK, pihak pentadbir, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu BahagianPend idikan Khas dan Bahagian Pendidikan Islam dalam usaha menambah baik pengajaran GPIPK serta sebagai sumber rujukan bagi cadangan kajian masa depan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3702
ISBN: 978-967-18002-5-6
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
2022 Prosiding ICTE2022-1-14.pdf2.23 MBAdobe PDFView/Open
2022 Prosiding ICTE2022-146-163.pdf834.72 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.