Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3669
Title: Input Polisi Penyelesaian Kemiskinan Situasi Untuk Keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN)
Authors: Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail 
Wan Nornajwa Wan Othman 
Zailani Abdullah 
Azwan Abdullah 
Tengku Fauzan Tengku Anuar 
Nurhanan Abdul Rahman 
Tuan Muhammad Zukri Tuan Sembok 
Hafizi Mat Salleh 
Siti Asma Md Rasdi 
Keywords: COVID-19;kemiskinan;situational poverty
Issue Date: 2022
Abstract: 
Impak wabak COVID-19 telah membentuk satu jenis kemiskinan yang jarang kita sedari, iaitu kemiskinan situasi atau situational poverty. Apa yang dibimbangkan ialah terbentuknya kemiskinan situasi dalam skala besar di Malaysia. Andaiannya ini ada asasnya, kerana menurut World Bank, dijangkakan seramai 40 juta hingga 60 juta pertambahan individu menjadi miskin di seluruh dunia akibat dari wabak COVID-19. Dengan mempertimbangkan senario tersebut, kertas ini memberi tumpuan untuk 1) menganalisis cabaran yang dihadapi untuk keluar dari kemiskinan situasi; dan 2) menyediakan cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Berkaitan dengan cabaran yang dihadapi oleh kelompok miskin situasi untuk keluar dari kemiskinan situasi, kertas ini mendapati sembilan (9) cabaran utama yang dihadapi dan diperoleh daripada pelbagai pemegang taruh. Kertas ini turut memberi cadangan input polisi bagi penyelesaian kemiskinan situasi untuk keperluan Pelan Pemulihan Negara (PPN). Secara berstruktur dengan mengelompokkan kepada tiga (3) tempoh masa yang berbeza, iaitu 1) jangka masa pendek (1 hingga 6 bulan), 2) jangka masa sederhana (7 hingga 12 bulan), dan 3) jangka masa panjang (setahun dan lebih). Senarai cadangan ini adalah untuk dipertimbangkan dan dimasukkan ke dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3669
Appears in Collections:National / State Policy Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Input Polisi Penyelesaian Kemiskinan Situasi Untuk PPN-1-1-5.pdf1.17 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.