Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3543
Title: Corak Pemikiran TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dalam Kepimpinan dan Keusahawanan
Authors: Mohd Hafizuddin Mejah 
Mohammad Ismail 
Keywords: gaya kepimpinan tranformasi;konsep keusahawanan;sosioekonomi
Issue Date: 2022
Publisher: FKP, UMK
Conference: FKP Postgraduate Colloquium 
Abstract: 
Artikel ini bertujuan menilai corak Pemikiran TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dalam kepimpinan dan keusahawanan. Berikutan, corak gaya kepimpinan memainkan peranan yang penting untuk memastikan prestasi kerja dan organisasi meningkat lebih baik dari semasa ke semasa. Objektif kajian ialah mengenalpasti dan meneroka gaya kepimpinan TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Rustam, Yang Di- Pertua Negeri Melaka dalam menangani krisis COVID-19 dari segi sosioekonomi, Mengkaji gaya kepimpinan TYT Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Bin Rustam, Yang Di-Pertua Negeri Melaka dari segi keusahawanan dan Menyelidik cadangan keberkesanan kepimpinan yang berkesan dan aktiviti-aktiviti keusahawanan. Kajian ini memilih Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam (lahir 24 Ogos 1949) merupakan Yang di-Pertua Negeri Melaka yang ketujuh dan terkini sejak 2020. Kaedah temubual mendalam digunakan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang perkara yang dikaji terhadap TYT. Secara keseluruhannya, negarawan adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Tambahan lagi, penulisan kajian ini terdapat beberapa cadangan bagi menambah baik konsep kepimpinan dalam keusahawanan. Kajian ini memberi sumbangan kepada pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan keusahawanan berdasarkan keseimbangan konsep kelestarian kepimpinan dan keusahawanan melalui dimensi sosioekonomi, keusahawanan dan keberkesanan konsep kepimpinan TYT.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3543
ISBN: 978-967-25774-2-3
Appears in Collections:Faculty of Entrepreneurship and Business - Proceedings

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.