Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3316
Title: Psikologi dan Kompetensi Usahawan Berjaya dalam Perniagaan Baharu E-Dagang di Malaysia
Authors: Ahmad Firdause Md Fadzil 
Mohd Rafi Yaacob 
Mohd Nazri Muhayiddin 
Keywords: usahawan;psikologi
Issue Date: Aug-2022
Publisher: Penerbit UMK
Abstract: 
Terdapat 14 ciri-ciri usahawan yang merangkumi aspek berkaitan personaliti, motivasi, kognitif dan kompetensi diri yang menjadi tunjang kepada kualiti dimiliki usahawan berbanding mereka yang lain. Bagi aspek berkaitan personaliti, terdapat tujuh ciri-ciri diri usahawan yang membezakan mereka dengan yang lain iaitu bersangkutan kreativiti, menanggung risiko, inspirasi, keinginan autonomi dan kebebasan, toleransi terhadap kekaburan, kegigihan dan ketabahan, dan optimistik. Menyentuh berkenaan motivasi, usahawan dikatakan mempunyai keinginan untuk berjaya sangat tinggi, minat terhadap bidang perniagaan begitu mendalam dan pengaruh rangsangan luaran yang memainkan peranan penting kepada meningkatkan motivasi. Bagi ciri-ciri kognitif pula, faktor latar belakang diri dan pengalaman lepas dikatakan telah menjadi peranan penting kepada mempengaruhi bentuk pemikiran dan pembuatan keputusan usahawan. Selain psikologi, kompetensi diri iaitu kebolehan dan kemampuan usahawan melakukan sesuatu dengan lebih berjaya sepertimana kemahiran komunikasi dan kemahiran komputer. Ciri-ciri yang dimiliki tersebut telah didapati memacu kejayaan usahawan e-dagang semasa penubuhan perniagaan baharu yang berdepan dengan pelbagai cabaran yang menuntut mereka lebih konsisten dalam pembuatan keputusan dan tindakan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3316
ISBN: 978-967-0021-09-6
Appears in Collections:Books (Others) - FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
firdause BOOK sample.pdf647.7 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.