Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3265
Title: Dokumen Rujukan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan
Authors: Azizi Umar 
Nurhafilah Musa 
Mazlan Ibrahim 
Mohd Huzairi Awang @ Husain 
Habib Mat Som 
Arifin Mamat 
Wahibah Tahir 
Mohd Abdul Nasir Abd Latif 
Noor Hisham Md Nawi 
Kamarulzaman Abdul Ghani 
Adnan Abd Rashid 
Shukeri Mohamad 
Keywords: Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan
Issue Date: 2020
Publisher: Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi KERAJAAN NEGERI KELANTAN
Abstract: 
Dokumen Rujukan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan (DPRK) telah disiapkan oleh sekumpulan panel pakar dalam pelbagai bidang pendidikan. Dokumen ini dibangunkan setelah DPRK dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 9 Jamadil Akhir 1438H bersamaan dengan 25 Februari 2018 di Kota Darul Naim, Kota Bharu. Ia merupakan rujukan utama dalam pelaksanaan dasar tersebut. Dasar tersebut telah menghasilkan Sembilan prinsip pendidikan Rabbani dan 46 amalan terbaik untuk dijadikan panduan kepada setiap entiti pelaksanaan.

Setiap amalan terbaik pula didokumentasikan sebagai rujukan mengikut kategori sumber, maksud, penghuraian amalan terbaik, model yang boleh dicontohi dan beberapa cadangan praktikal bagi mencapai hasil pelaksanaan Sembilan prinsip yang ditetapkan. Bagi kategori sumber wahyu, panel pakar sedaya upaya mendapatkan sumber yang paling autoriti bermula sumber wahyu al-Quran, hadith-hadith Sahih, pandangan daripada ahli tafsir dan ulama muktabar. Turut dijadikan sumber tambahan ialah beberapa pepatah Arab dan kesusasteraan peradaban Melayu seperti peribahasa, kata-kata hikmah, pantun dan sebagainya yang mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi.

Pembangunan dokumen rujukan ini sudah tentu memerlukan penambahbaikan dan pemurnian. Ia masih belum sempurna dan memerlukan komentar, maklum balas dan teguran dari pelbagai pihak. Sebarang pandangan amat dihargai. Pendokumentasian dokumen rujukan ini akan memberikan momentum baharu kepada setiap entiti pendidikan dan masyarakat di Kelantan khususnya untuk bersiap sedia dengan paradigma baharu dalam dunia pendidikan yang lebih mencabar.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3265
ISBN: : 978-967-18329-2-9
Appears in Collections:National / State Policy Paper

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Buku DPRK (Rasmi) 2020.pdf12.86 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.