Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3258
Title: Keakrifan berkaitan modal semula jadi dalam kalangan kaum Penan di Sarawak
Authors: W. A. Amir Zal 
Keywords: Penan;Community Development;Sustainability
Issue Date: 2019
Publisher: UNISZA PRESS
Journal: Asian People Journal (APJ) 
Abstract: 
Kaum Penan dan modal semula jadi adalah sinonim kerana penempatan dan kehidupan mereka di kelilingi oleh hutan yang kaya dengan flora dan fauna. Malah, kaum Penan memperoleh manfaat daripada modal semula jadi dengan memanfaatkannya demi menyertai sistem arus perdana. Bagi meneliti realiti tersebut, makalah ini meneroka pemilikan kemahiran kaum Penan berkaitan modal semula jadi. Kajian telah dilaksanakan ke atas kaum Penan di Batu Bungan, kampung Long Lesuan dan kampung Long Ludin, Baram, Sarawak. Proses pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam dan pemerhatian di lapangan. Hasil kajian mendapati, kaum Penan mempunyai empat (4) kemahiran khusus berkaitan modal semula jadi, iaitu 1) memburu, 2) kemahiran menggunakan sebagai simbol/ oro’, 3) membuat kraf tangan dan 4) kemahiran untuk tinggal di dalam hutan. Kemahiran tersebut, kesemuanya diperoleh melalui hubungan langsung dengan modal semula jadi dan juga melalui proses pembelajaran. Kajian ini mencadangkan agar kemahiran kaum Penan berkaitan modal semula jadi didokumentasikan serta terus digalakkan dari aspek pemilikan serta penggunaannya kerana ia merupakan identiti kaum Penan dan menjadi ‘alat’ kelangsungan hidup mereka untuk menyertai masyarakat arus perdana.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3258
ISSN: 2600-8971
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Upieh, B. & Amir Zal, W. A. (2019).pdf501.21 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.