Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3026
Title: Persepsi beliau: Adakah Tulisan Jawi agenda Islamisasi
Authors: Abdul Muhaimin Simunir 
Jeremy Tan Jianhad 
Lak Ong’a Udom 
Muhammad Shahin Kamarul-Anuar 
Rexzana Rose Henry 
Subeinthiran Rinagasamy 
Nur Azuki Yusuff 
Keywords: Tulisan jawi;Islamisasi
Issue Date: 10-May-2021
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Project: program sokongan pembelajaran 
Conference: wacana perpaduan 
Abstract: 
Kini, Malaysia dilanda dengan isu sosial yang sering menjadi buah mulut masyarakat Malaysia. Apa yang lebih merisaukan ialah bahawa isu tersebut menyebabkan ketegangan di Malaysia di antara kaum melayu yang beragamakan Islam dengan kaum-kaum lain yang berada di Malaysia. Isu merupakan kewujudan tulisan jawi yang tertera pada Jata negara, mata wang dan juga halaman hadapan buku teks bagi sekolah-sekolah di Malaysia. Tulisan jawi, agenda Islamisasi atau hanya sekadar bahasa? Mengapakah tulisan ini dinyatakan sebagai satu benteng dalam mengeratkan silatulrahim antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Ini kerana terdapat pendapat dari sebahagian netizen, terutamanya masyarakat yang bukan beragama Islam, menyatakan bahawa tulisan Jawi yang tertera di sekeliling mereka merupakan satu agenda besar yang bertujuan untuk mengIslamkan masyarakat Malaysia yang bukan beragama Islam. Kumpulan ini lalu melantangkan suara mereka dengan meminta supaya tulisan jawi ini dihapuskan. Demikian itu, sudah tentunya terdapat tentangan bagi permintaan tersebut dimana mereka menyatakan bahawa tulisan tersebut hanyalah sebagai simbol negara yang melambangkan sejarah Malaysia yang menggunakan tulisan jawi pada zaman dahulu. Tulisan jawi juga merupakan salah satu seni negara yang unik kepada Malaysia. Dengan dua pendapat yang berbeza daripada dua pihak, perbalahan dan debat tentang agenda Islamisasi ini menjadi buah perbualan harian. Kumpulan pengkaji menggunakan tugasan ini sebagai satu peluang untuk menyelidik dan membincangkan tentang isu revelan tersebut yang melanda negara. Di dalam kertas ini, pengkaji menyatakan beberapa fakta dan teori mengenai topik yang dibincangkan serta nilai-nilai tersirat. Perspektif-perspektif juga dinyatakan bersama perspektif masyarakat Malaysia dimana pengkaji memperolehi melalui soal selidik dan sosial media. Tujuan perbincangan dan esei berimpak ini adalah untuk membincangkan, menyelesaikan isu dinyatakan, dan mencapai satu kesimpulan yang munasabah dan memuaskan bagi isu ini.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3026
ISBN: 978-967-2912-49-1
Appears in Collections:Faculty of Language Studies and Human Development - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
WP PKP2 k 12.pdf551.4 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.