Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/3020
Title: Representasi Stailistik Filem Hang Tuah (1956)
Authors: Fairuladilan Hamadun 
Nasirin Abdillah 
Norman Yusoff 
Nur syahirah Anani Nor Adzli 
Keywords: Hang Tuah (1956);historical poetics of cinema;Hikayat Hang Tuah;Sejarah Melayu;Stailistik
Issue Date: 31-Mar-2021
Publisher: FACULTY OF CREATIVE TECHNOLOGY AND HERITAGE
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Hang Tuah (1956) merupakan salah satu filem adaptasi Melayu yang terkenal dalam sejarah perfileman tanah air. Filem ini dikatakan cuba mengangkat karya kesusasteraan Melayu klasik melalui Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Memandangkan filem ini bersifat adaptasi, maka sering menjadi perhatian dalam kalangan sarjana. Antara aspek yang sering menjadi daya tarikan mereka adalah soal kesetiaan dalam aspek naratif seperti plot, lakonan, gaya bahasa, latar dan tema. Namun demikian, artikel ini hadir dengan melihat kepada aspek lain iaitu stailistik yang mana merupakan salah satu elemen penting dalam pembuatan filem seperti sinematografi, mise en scene dan penyuntingan. Aspek stailistik filem Hang Tuah (1956) cuba diselami dengan mengaplikasikan teori historical poetic of cinema oleh David Bordwell (1989). Sebagai kerangka analisis utama dalam artikel ini, maka historical poetic of cinema cuba menjawab persoalan kajian; bagaimanakah aspek sejarah mampu memberi kesan terhadap stailistik filem Hang Tuah (1956)? Analisis kandungan turut dipilih sebagai instrumen kajian utama untuk memperolehi data daripada buku, artikel jurnal dan filem. Hasil analisis mendapati bahawa filem Hang Tuah (1956) cenderung kepada stailistik model pembuatan Hollywood. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran industri perfileman Melayu era 1950-an cuba mengubah stailistik filem Hang Tuah (1956) kepada acuan filem India.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3020
ISSN: 2289-4257
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
REPRESENTASI STAILISTIK FILEM HANG TUAH (1956).pdf-268.09 kBUnknownView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.