Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2984
Title: Wacana Perpaduan Kalangan Belia Era PKP 2.0
Authors: Nur Azuki Yusuff 
Muhammad Hafizuddin Huji 
Keywords: perpaduan
Issue Date: May-2021
Publisher: Fakulti Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insan
Project: program sokongan pembelajaran 
Conference: Wacana Perpaduan Kalangan Belia Era PKP 2.0 
Abstract: 
Alhamdulillah, buku program dan kandungan kertas kertas ini berjaya disiapkan berdasarkan komitmen bersama. Program Wacana Perpaduan Kalangan Belia Era PKP 2.0 2021 ini perlu diadakan bagi mencapai sasaran kerja tahunan jabatan kami selaku penggerak kecemerlangan ilmu berkaitan kenegeraan dan aspirasi negara. Perlu dinyatakan di sini bahawa penggunaan “era PKP 2.0” disebabkan peristiwa wacana dan tempoh pengumpulan data oleh para pengkaji terhadap belia berlansung sepanjang era itu.

Sebagai sebuah Universiti yang berteraskan keusahawanan bagi kesejahteraan global, UMK perlu bersama Kerajaan Malaysia menjayakan usaha perpaduan negara. Berdasarkan pengamatan semasa, tahap kecaknaan mahasiswa terhadap isu perpaduan amat perlu diperkasakan. Jabatan Sains Kemanusiaan mengambil daya inisiatif dengan mengadakan program ini supaya semua pelajar UMK yang mengambil kursus Hubungan Etnik dan Penghayatan Etika dan Peradaban berpeluang mengjayakannya dalam suasana yang bersemangat dan penuh keinsafan. Oleh itu, amatlah wajar dan tepat sekali program ini dilaksanakan di Universiti ini.

Naib Canselor juga menitik beratkan pembinaan semangat nasionalisme dalam kalangan belia/pelajar UMK. Tambahan pula, FBI dipertanggungjawabkan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti serta program yang menarik minat pelajar menghayati nilai hidup bernegara berprinsipkan Rukun Negara.

Buku ini turut meraikan kemampuan pelajar dalam menyediakan kertas kerja berimpak melalui kajian yang mereka jalankan di samping membina jaringan pemikir muda yang berusaha memartabatkan usaha menggerakkan agenda kecemerlangan negara di peringkat UMK dengan kerjasama semua pihak.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2984
ISBN: 978-967-2912-49-1
Appears in Collections:Books (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
wacana perpaduan 2021 utk upload.pdfpenyunting dan penyumbang bersama pelajar716.33 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.