Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2800
Title: Elemen-Elemen Adaptasi Dalam Filem Tombiruo: Penunggu Rimba (TPR)
Authors: Sudirman Kiffli 
Nurul Afini Roslin Mohd Saufi 
Keywords: filem adaptasi;tombiruo;cara adaptasi
Issue Date: Mar-2021
Journal: INTERNATIONAL JOURNAL OF CREATIVE FUTURES AND HERITAGE 
Abstract: 
Penghasilan filem adaptasi adalah salah satu kaedah dalam memastikan kesinambungan karya-karya sastera agar sentiasa berkembang dalam pelbagai medium. Menerusi kajian ini, penelitian diberikan terhadap aspek-aspek adaptasi yang terdapat dalam penghasilan filem Tombiruo: Penunggu Rimba yang diadaptasi daripada novel Tombiruo Penunggu Rimba karya Ramlee Awang Murshid. Sebagai sebuah filem adaptasi yang masih baharu, kajian dan penyelidikan mengenai filem Tombiruo Penunggu Rimba (TPR) masih belum banyak dianalisis. Oleh hal yang sedemikian, penelitian telah dilakukan ke atas filem TPR dengan menerapkan pendekatan daripada Linda Hutcheon (2006). Empat aspek yang menjadi fokus kajian ini ialah (1) sumber dan cara adaptasi, (2) tujuan adaptasi, (3) kumpulan atau penonton sasaran dan (4) konteks. Dapatan kajian menunjukkan keempat-empat elemen berkenaan diterapkan dengan baik di dalam penghasilan filem adaptasi TPR oleh pihak pembikin filem. Keadaan ini dikukuhkan dengan pelbagai peristiwa dan situasi seperti dipaparkan di dalam filem berkenaan yang secara tidak langsung memberikan kesan yang amat mendalam kepada khalayak yang menonton filem ini. Kesemua elemen adaptasi ini boleh membantu pihak pembikin filem untuk menghasilkan sebuah filem adaptasi dengan lebih baik.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2800
ISSN: 2716-6430
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
nikzul,+IJCFH-Content+Vol.9,+Issue+No.1-109-125.pdf2.34 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.