Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2788
Title: Cerminan Nilai-Nilai Islam Dalam Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia: Satu Pendekatan Takmilah
Authors: Mohd Firdaus Bin Che Yaacob 
MUHAMMAD NUR AL-HAKIM MOHAMAD HANAFIAH 
Keywords: Nilai Islam;cerita rakyat;masyarakat Melayu;Teori Takmilah;pendidikan
Issue Date: 1-Mar-2021
Publisher: Journal of Business and Social Development
Journal: Journal of Business and Social Development 
Abstract: 
Cerita rakyat sememangnya tidak asing dalam kalangan masyarakat Melayu zaman dahulu. Malang sekali ia semakin dilupakan oleh generasi zaman kini. Cerita rakyat mengandungi nilai-nilai Islam yang boleh dijadikan tauladan kepada rakyat. Kreativiti orang Melayu dalam mengolah cerita rakyat bukan sahaja untuk menghiburkan, malah dapat mendidik masyarakat dengan nilai-nilai Islam. Kajian ini berdasarkan daripada kelompongan kajian-kajian lepas yang didapati masih kurang menjalankan penelitian khususnya terhadap aspek nilai-nilai Islam. Kajian ini berusaha untuk membuka mata masyarakat mengenai nilai-nilai Islam dalam cerita rakyat. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai-nilai Islam yang terdapat dalam teks Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia yang berupaya mendidik masyarakat ke arah yang lebih baik. Kajian ini meninjau beberapa buah cerita rakyat yang terkandung dalam teks Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia. Seterusnya, kajian ini menggunakan kaedah kualitatif sebagai metod kajian dan teori Takmilah dijadikan sebagai deduktif kajian yang akan mengukuhkan pada bahagian analisis. Tiga prinsip utama yang terdapat dalam teori Takmilah bakal diaplikasikan dalam kajian ini bagi memantapkan lagi analisis kajian. Berdasarkan kajian, menunjukkan bahawa nilai-nilai Islam sememangnya terkandung dalam cerita-cerita rakyat ini dan berpotensi sebagai medium pendidikan yang efektif kepada khalayak.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2788
ISSN: 2600-9668
DOI: http://doi.org/10.46754/jbsd.2021.03.005
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
UMT CERMINAN NILAI-NILAI ISLAM DALAM KOLEKSI 366 CERITA RAKYAT.pdf324.36 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.