Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2785
Title: Citra Masyarakat dalam Naratif Lisan: Satu Pendekatan Teori Pengkaedahan Melayu
Authors: Mohd Firdaus Bin Che Yaacob 
NUR SAMSIAH MAZLAN 
Nasirin Abdillah 
Keywords: Citra masyarakat;naratif lisan;orang Melayu;Teori Pengkaedahan Melayu
Issue Date: 1-Sep-2021
Publisher: Journal of Business and Social Development
Journal: Journal of Business and Social Development 
Abstract: 
Naratif lisan merupakan karya yang menjadi milik masyarakat, disebarkan dari mulut ke mulut, dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Naratif lisan turut kaya dengan citra masyarakat dalam kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu. Pengkaji menjalankan kajian ini kerana rata-rata masyarakat pada hari ini menganggap naratif lisan sekadar rekaan semata-mata dan tidak menitikberatkan nilai-nilai moral yang mampu membentuk sahsiah diri dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti dan menganalisis citra masyarakat Melayu yang terkandung dalam naratif lisan. Di samping itu, teks Koleksi 366 Cerita Rakyat Malaysia dijadikan bahan utama kajian. Selain itu, pendekatan kualitatif melibatkan kaedah kepustakaan dan teks dijadikan sebagai kerangka panduan untuk menyempurnakan kajian ini. Malah, Teori Pengkaedahan Melayu (1989) oleh Hashim Awang dijadikan deduktif untuk memantapkan analisis kajian. Sebagai kesimpulannya, hasil dapatan kajian membuktikan bahawa naratif lisan sememangnya sarat dengan citra masyarakat yang dapat membentuk adat, nilai dan kebudayaan yang bertamadun dalam kalangan masyarakat Melayu.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2785
ISSN: 2600-9668
DOI: http://doi.org/10.46754/jbsd.2021.09.007
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Article-7-JBSD-Volume-9-Number-2-September-2021 (1).pdf316.4 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.