Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2781
Title: Keberkesanan Unsur Watak dan Perwatakan dalam Cerita Rakyat dalam Kalangan Kanak-Kanak dan Remaja Melalui Media Animasi
Authors: Mohd Firdaus Bin Che Yaacob 
Tuan Siti Nurul Suhadah Tuan Adnan 
NUR SAMSIAH MAZLAN 
Keywords: animasi;cerita rakyat;kanak-kanak;lisan;remaja
Issue Date: 1-Apr-2021
Publisher: Jurnal Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
Journal: Jurnal Melayu 
Abstract: 
Cerita rakyat merupakan satu cerita yang disampaikan secara lisan oleh masyarakat terdahulu yang dipertuturkan secara mulut ke mulut dan kaya dengan nilai-nilai murni. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan tentang keberkesanan cerita rakyat dalam kalangan kanak-kanak dan remaja melalui medium animasi. Signifikan kajian ini adalah kerana industri animasi berjaya menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana, bidang animasi sebagai satu cabang untuk mendekatkan golongan kanak-kanak dan remaja untuk meminati cerita rakyat. Lantaran itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis keberkesanan media animasi kepada golongan kanak-kanak melalui cerita rakyat. Di samping itu, cerita lisan yang bertajuk Si Luncai dengan Labu-labunya, Sombong Membawa Padah, Ayam Dogol Membuat Jasa, Bersikap Jujur dan Kasih Sayang Keluarga yang terkandung dalam Koleksi 366 Cerita Rakyat di Malaysia, dijadikan sebagai data kajian ini. Seterusnya, metodologi kajian ini merujuk kepada kaedah kepustakaan dan teks. Kajian ini turut menggunakan Teori Pengkaedahan Melayu menerusi pendekatan gunaan sebagai deduktif kajian. Dapatan hasil kajian ini membuktikan bahawa media animasi merupakan salah satu medium yang berkesan dan sistematik untuk menjadikan cerita lisan dapat dipopularkan dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2781
ISSN: 1675-7513
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
JURNAL MELAYU.pdf209.78 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.