Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2770
Title: Faktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan
Authors: Zaleha Embong 
Fairuz A’dilah Rusdi 
Keywords: Pendorong;;Kejayaan;;Usahawan;;Wanita
Issue Date: Nov-2021
Publisher: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities
Journal: INSANIAH: Online Journal of Language, Communication, and Humanities 
Conference: International e-Colloquium in Language and Humanities 2020 
Abstract: 
Penglibatan wanita dalam bidang perniagaan semakin bertambah dan berkembang. Hal ini
memberi kesan positif kepada ekonomi negara. Malah, kejayaan wanita telah membuka mata
banyak pihak tentang kebolehan usahawan wanita dalam memperkasakan ekonomi negara.
Usaha dan kegigihan dalam mengendalikan perniagaan membuktikan sifat kental dan
kesabaran yang tinggi kerana bidang perniagaan memerlukan pelbagai strategi untuk mencapai
kejayaan. Ramai golongan wanita melibatkan diri dalam perniagaan khususnya usahawan
wanita di Kelantan yang mencipta pelbagai kejayaan. Maka, artikel ini bertujuan menggenal
pasti faktor pendorong dan kejayaan wanita dalam bidang usahawan di Kelantan. Artikel ini
menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif bagi mengumpul data yang diperlukan. Kaedah
kuantitatif menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada 300 responden usahawan
wanita Kelantan. Penganalisisan data menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan faktor pendorong usahawan wanita melibatkan
diri dalam perniagaan kerana ingin mengubah taraf ekonomi keluarga, minat dalam perniagaan,
membantu ekonomi suami dan mewarisi bidang perniagaan daripada keluarga. Faktor kejayaan
usahawan wanita pula disebabkan minat yang mendalam, perancangan teliti, ilmu perniagaan
dan bersedia menanggung risiko. Faktor ini telah menjadikan ramai dalam kalangan usahawan
wanita Kelantan mencapai kejayaan
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2770
ISSN: 2637-0360
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
194-Article Text-1028-1-10-20211223 (1).pdfFaktor Pendorong dan Kejayaan Usahawan Wanita di Kelantan. Zaleha Embong, Fairuz A’dilah Rusdi195.32 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.