Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2728
Title: Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar Geologi Universiti Awam Malaysia
Authors: Wani Sofia Udin 
Issue Date: 30-Jun-2021
Journal: e-buletin FSB 
Abstract: 
Dengan pandemik yang melanda negara, Geological Society of Malaysia (GSM ) mendapati ada pelajar yang terjejas ekoran arahan pembelajaran secara atas talian. Pihak GSM memutuskan untuk membantu 10 pelajar yang terjejas dengan memberi bantuan komputer riba kepada pelajar dari kalangan keluarga kategori B40.
Oleh itu, unit promosi GSM telah menjalankan survei pada 19 Februari 2021 untuk melihat keadaan para pelajar yang terjejas. Survei telah dijalankan dengan bantuan wakil kelab geologi universiti. Pihak fakulti telah menerima keputusan pemilihan bagi penerima bantuan komputer riba yang telah dijalankan oleh pihak promosi (GSM) yang lalu, khas kepada pelajar geologi universiti awam Malaysia.Lima (5) orang pelajar yang terpilih merupakan pelajar dari program Geosains, Fakulti Sains Bumi, Universiti Malaysia Kelantan. Bantuan ini bukan hanya dapat meringankan bebanan pelajar yang berada dalam kalangan keluarga kategori B40 tetapi sekaligus membantu pelajar semasa pembelajaran dalam situasi pandemik covid ini. Penyerahan dibuat kepada wakil pelajar oleh penyumbang bersama komputer riba, En Ahmad Nizam Hassan, pengarah Geosolution Resources sdn bhd pada 24 mac 2021 bertempat di Gua Musang.
Description: 
Others
URI: https://online.fliphtml5.com/bmpte/dlte/#p=13
http://hdl.handle.net/123456789/2728
ISSN: 2716-6619
Appears in Collections:Faculty of Earth Science - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
computer riba_buletin fsb.pdf187.32 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.