Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2711
Title: Motivasi dan Halangan Bagi Pelajar Asing Menguasai Bahasa Melayu Melalui Pembelajaran Secara dalam Talian di Universiti Teknologi Malaysia
Authors: Halimah Ma’alip 
Khuzaiton Zakaria 
Che Hazira Che Roza 
Nurul Adila Zulkipli 
Keywords: Halangan, motivasi, pelajar asing, penguasaan bahasa Melayu, pembelajaran secara dalam talian
Issue Date: 15-Dec-2021
Journal: LSP International Journal 
Abstract: 
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara pembelajaran dalam talian. Selain itu, kajian ini juga menghuraikan halangan yang mempengaruhi mereka dalam menguasai bahasa Melayu melalui pembelajaran dalam talian. Kaedah kuantitatif dan instument soal selidik telah digunakan bagi memperoleh data kajian ini. Sebanyak 227 orang responden dipilih merupakan pelajar asing yang mengambil Kursus Bahasa Melayu Komunikasi dari pelbagai negara. Data dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan tahap interprestasi. Dapatan kajian ini mendapati bahawa min keseluruhan bagi tahap motivasi pelajar asing dalam menguasai bahasa Melayu secara dalam talian ialah tinggi. Hal ini membuktikan bahawa pelajar asing ini masih bersemangat untuk menguasai bahasa Melayu walaupun pembelajaran dijalankan secara dalam talian. Min keseluruhan bagi halangan pelajar asing menguasai bahasa Melayu ialah sederhana dan membuktikan bahawa halangan ini hanya dihadapi oleh segelintir pelajar sahaja. Sikap pelajar yang bermotivasi tinggi mampu mengatasi setiap halangan. Pelajar perlu menyesuaikan diri pada musim pandemik ini dan menggunakan peluang ini untuk meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2711
ISSN: 2601–002X
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
17945-Article Text-58136-1-18-20211205 (1).pdf319.69 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.