Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2694
Title: Penerapan Rekabentuk Timur Tengah Pada Bangunan Dalam Pembentukan Kota Bharu Bandaraya Islam
Authors: Farrah Atikah Saari 
Siti Rosliza Md Nazili 
Nur 'Izzati Mohd Amin 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Nordiana Ab Jabar 
Suraya Sukri 
Ainul Wahida Radzuan 
Sudirman Kiffli 
Keywords: Bandaraya Islam;bangunan, imej;rekabentuk, timur tengah
Issue Date: Dec-2021
Publisher: Faculty of Creative Technology and Heritage Universiti Malaysia Kelantan
Conference: Cultural Heritage 
Abstract: 
Kota Bharu dikenali sebagai Bandaraya Islam dengan memperkenalkan identiti bangunan seni bina yang menonjolkan imej timur tengah. Hal ini dapat dilihat menerusi pembinaan bangunan Bazar Tok Guru yang memiliki keunikan tersendiri. Namun begitu, terdapat konflik dimana penerapan rekabentuk timur tengah mempunyai perbezaan yang ketara dengan identiti dan budaya setempat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji imej bangunan dikatakan selari dengan falsafah Bandaraya Islam di Kota Bharu Kelantan dan mengetahui persepsi masyarakat terhadap reka bentuk dan imej bangunan Bazar Tok Guru. Kajian menggunakan kaedah pemerhatian dan tinjauan menggunakan borang soal selidik. Pemerhatian dilakukan terhadap fasad bangunan Bazar Tok Guru dan tinjauan soal selidik pula melibatkan responden di sekitar Kota Bharu Kelantan. Hasil dapatan kajian mendapati terdapat empat (4) imej utama yang menunjukkan imej bangunan yang selari dengan falsafah Bandaraya Islam iaitu kubah, pintu gerbang, tulisan khat dan corak geometri. Manakala bagi persepsi masyarakat terhadap reka bentuk dan imej bangunan Bazar Tok Guru pula menunjukkan seratus peratus (100%) responden bersetuju dengan penerapan rekabentuk timur tengah pada bangunan tersebut. Oleh itu, kajian ini telah memberi perspektif yang baru dalam pembentukan Kota Bharu Bandaraya Islam dari segi penerimaan masyarakat terhadap penerapan rekabentuk gaya timur tengah pada bangunan meskipun Kota Bharu mempunyai identiti dan budaya yang tersendiri.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2694
ISBN: 978-967-2912-92-7
Appears in Collections:Faculty of Creative Technology & Heritage - Proceedings

Files in This Item:
File Description SizeFormat
eproceeding isych 2021.pdf4.75 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.