Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2635
Title: Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental
Authors: Nor Shahirul Umirah Idris 
Issue Date: 9-Apr-2021
Publisher: Majalah Sains
Journal: Majalah Sains 
Abstract: 
Gangguan kesihatan mental seperti kemurungan dan depresi adalah merupakan penyakit yang mampu mengganggu perjalanan kehidupan masyarakat seharian. Gangguan pada fungsi otak ini boleh menyebabkan berlakunya perubahan terhadap proses berfikir, perasaan dan tingkah laku seseorang sekaligus mengakibatkan aktiviti seharian terganggu. Dapatan kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah merupakan antara lima jenis penyakit utama yang menyebabkan kehilangan upaya dan berada pada tangga kedua tertinggi pada tahun 2020. Manakala di Malaysia, dapatan daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada tahun 2006 mendapati 11.2 % di kalangan orang dewasa dan 20.3 % di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah terjejas mengalami masalah mental. Namun begitu, paling membimbangkan apabila angka rakyat Malaysia yang dikesan mengalami masalah kesihatan mental adalah seramai 3 juta daripada 26 juta. Lebih mengejutkan lagi, daripada jumlah yang dinyatakan, 20 ke 30 dari setiap rakyat Malaysia di dapati membunuh diri saban tahun berikutan kegagalan menangani masalah penyakit mental. Gambaran angka ini menunjukkan kesihatan mental di kalangan masyarakat kita adalah kian merosot dan membimbangkan.
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2635
ISSN: 2682-8456
Appears in Collections:Faculty of Earth Science - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental _ MajalahSains.pdf1.69 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.