Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2627
Title: Taksiran Zakat Pendapatan di Malaysia: Perlukah Penilaian Semula Kaedah Taksiran dengan Tolakan-Tolakan yang Dibenarkan
Authors: Mohd Kamil Ahmad 
Mohd Zain, N. I. 
Keywords: zakat pendapatan;taksiran Zakat;Hajat Asliyyah;Keperluan Asasi
Issue Date: Nov-2021
Publisher: Universiti Malaysia Kelantan, UMK PRESS
Project: Geran Penyelidikan Jangka Pendek, Universiti Malaysia Kelantan (R/SGJP/A04.00/00719A/001/2018/000458) 
Journal: Online Journal of Language, Communication, and Humanities 
Abstract: 
Kajian ini bertujuan meneliti realiti konsep hajat asliyyah yang digunakan sebagai asas pertimbangan bagi kaedah pengiraan zakat pendapatan dengan tolakan yang dibenarkan di negeri-negeri di Malaysia. Melihat kepada perbezaan yang wujud antara institusi zakat di setiap negeri dalam menafsirkan item-item tertentu sebagai hajat asliyyah atau sebaliknya, kajian ini melontarkan persoalan; mengapakah situasi ini berlaku dan bagaimanakah tafsiran yang tepat bagi hajat asliyyah dalam konteks zakat yang selari dengan situasi semasa dan bertepatan dengan maqasid syarak boleh dilakukan? Melalui kaedah deskriptif dan analisis ke atas teks-teks perundangan Islam, serta dibantu oleh data-data sekunder, kajian ini meneliti dan membandingkan realiti kaedah taksiran zakat pendapatan di sebahagian negeri di Malaysia dan konsep hajat asliyyah dari perspektif fiqh Islam dan maqasid. Kajian mendapati bahawa perbezaan tafsiran mengenai hajat asliyyah menyebabkan jumlah pendapatan wajib zakat antara sebahagian negeri berbeza-beza yang mana individu dengan jumlah pendapatan tertentu mungkin layak mengeluarkan zakat pendapatan mengikut kaedah taksiran sebahagian negeri dan tidak dikenakan zakat mengikut kaedah taksiran negeri lain. Kajian juga mendapati bahawa konsep hajat asliyyah adalah dinamik kerana perkara yang dianggap perlu bagi setiap individu adalah berbeza-beza dan mungkin tidak akan berakhir pada satu garis sempadan yang jelas dan perlu diukur selari dengan realiti kehidupan individu dan masyarakat dalam konteks semasa dan setempat. Justeru, adalah menjadi keperluan untuk membina suatu parameter bagi hajat asliyyah yang dibina berdasarkan kajian yang bersifat kuantitatif dan statistikal bagi meneliti realiti dan mengukur manifestasi hajat asliyyah di dalam kehidupan masyarakat setempat supaya kaedah taksiran yang dilaksanakan lebih seragam dan dekat dengan kehidupan masyarakat.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2627
ISSN: 2637-0360
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
190-Article Text-1012-1-10-20211223.pdf280.39 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.