Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2626
Title: MEREALISASIKAN MATLAMAT KELESTARIAN EKONOMI, SOSIAL DAN ALAM SEKITAR
Authors: Radzi N.A.M. 
Issue Date: Sep-2021
Publisher: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA
Journal: Dewan Ekonomi 
Abstract: 
Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diguna pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2015 sebagai tuntutan universal untuk bertindak ke arah mengakhiri kemiskinan, melindungi planet dan memastikan menjelang tahun 2030 semua individu berhak untuk menikmati keamanan dan kesejahteraan. Kesemua 17 matlamat SDG bersepadu dan tindakan dalam satu bidang akan mempengaruhi basil bagi bidang yang lain, serta memberikan indikator bahawa pembangunan harus mengambil kira penyatuan kelestarian dalam aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Namun begitu, kewujudan pandemik COVID-19 dilihat sebagai satu ancaman yang boleh merencatkan usaha bersepadu bagi merealisasikan matlamat SDG terutama dalam aspek ekonomi dan sosial. Pandemik COVID-19 bukan sekadar berkaitan dengan aspek kesihatan, malah turut memberi kesan rantaian kepada aspek sosial, ekonomi dan politik. Bagaimanakah dan mengapakah hal ini berlaku? Pada peringkat awal COVID-19 yang dikesan di Wuhan, China pelbagai pihak telah memberikan reaksi yang berbeza. Ada negara yang terus mengambil tindakan dan ada yang memandang rendah terhadap wabak ini yang mampu menggugat kestabilan dan keharmonian hidup sejagat. Walau bagaimanapun, setelah kes ini menular ke negara Barat dan Eropah serta ribuan kes kematian dicatatkan saban hari, maka Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengisytiharkan COVID-19 sebagai pandemik dan langkah drastik dilaksanakan bagi mengekang penularannya. Antara langkah yang dilaksanakan ialah penutupan sempadan negara agar tidak menerima lawatan daripada pelancong luar negara, penutupan terus aktiviti sosial dan ekonomi serta meningkatkan kualiti dan penyampaian sistem perkhidmatan kesihatan. Selain itu, kajian bagi mencari penawar ataupun vaksin yang boleh membentengi
Description: 
Others
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2626
ISSN: 0128-8520
Appears in Collections:Faculty of Hospitality, Tourism and Wellness - Other Publication

Files in This Item:
File Description SizeFormat
DEWAN EKONOMI SEPTEMBER 2021.pdf3.66 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.