Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2559
Title: Pelaksanaan Kerja Penyelenggaraan Rumah Kedai Lama dalam Zon Warisan di Kota Bharu Kelantan, Malaysia
Authors: Farrah Atikah Saari 
Mohammad Rusdi Mohd Nasir 
Wan Saiful Nizam Wan Mohamad 
Nasirin Abdillah 
Siti Nur Anis Muhammad Apandi 
Keywords: Bangunan;Pengurusan;Penyelenggaraan;Rumah Kedai;Sistem
Issue Date: Sep-2021
Publisher: UMK Press
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Bangunan rumah kedai lama merupakan aset yang memaparkan sejarah identiti pembentukan sesebuah negeri dan ia seharusnya dikekalkan untuk generasi baru. Namun kini, kebanyakan rumah kedai lama sedang diancam kepupusan kerana tiadanya proses penyelenggaraan yang baik. Bagi mengekalkan kelangsungan hayat bangunan rumah kedai lama, penyelenggaraan terhadap keadaan dan fungsi bangunan perlu dilaksanakan dengan penyediaan sistem pengurusan penyelenggaraan yang sistematik. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis penyelenggaraan yang telah dilaksanakan ke atas bangunan rumah kedai lama. Selain itu, kesan dan cadangan bagi kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah pemerhatian dan temubual. Berdasarkan dapatan kajian, terdapat proses penyelenggaraan yang dilaksanakan terhadap struktur dinding, siling, lantai, cat dan fasad. Kerja-kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan juga memberi impak yang positif terhadap nilai warisan. Saranan untuk menetapkan polisi khusus bagi penyelenggaraan bangunan warisan serta penglibatan semua pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk melestarikan bangunan rumah kedai lama turut dikemukakan. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini telah menggariskan beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan oleh pihak berkuasa tempatan dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan mengikut kaedah pemeliharaan yang lebih baik agar nilai warisan terus terjaga.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2559
ISSN: 2289-4527
DOI: 10.47252/teniat.v9i2.746
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.