Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2529
Title: Ritual dalam Cerita Rakyat di Mukim Bebar, Pekan, Pahang, Malaysia
Authors: NOORZATULHIDAYAH MOHD HANIPAH 
Daeng Haliza Daeng Jamal 
Nasirin Abdillah 
Keywords: Cerita Rakyat, Ritual;Teori Fungsionalisme dan Kebudayaan Melayu;Fungsionalisme
Issue Date: Mar-2021
Publisher: Universiti Malaysia Kelantan
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Cerita rakyat berkembang dari generasi ke generasi dan disampaikan melalui lisan sehingga cerita rakyat dikenali sebagai sastera rakyat naratif nusantara. Cerita rakyat dianggap sebagai media hiburan pada zaman dahulu yang sarat dengan nilai-nilai pengajaran. Namun begitu, jika cerita rakyat difahami dan diteliti ia mempunyai hubung kait antara kehidupan masyarakat dengan kebudayaan masyarakatnya seperti kepercayaan, sistem kekeluargaan dan ekonomi. Namun, kini cerita rakyat semakin kurang mendapat tempat di hati generasi kerana kewujudan teknologi moden. Lantaran itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti dan membincangkan ritual yang terkandung dalam cerita rakyat di Mukim Bebar Pekan, Pahang. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan landasan teori fungsionalisme bagi analisis perbincangan. Metodologi kajian adalah secara kualitatif melalui kajian kerja lapangan iaitu kaedah temu bual berstruktur yang melibatkan tukang-tukang cerita di Mukim Bebar Pekan, Pahang. Hasil kajian mendapati ritual yang terdapat dalam cerita rakyat di Mukim Bebar Pekan, Pahang mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebudayaan masyarakat Melayu dan masih diaplikasikan dalam kehidupan sesetengah masyarakat di kampung tersebut hingga ke hari ini.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2529
ISSN: 2289-4527
DOI: 10.47252/teniat.v9i1
Appears in Collections:Journal Indexed Era/Google Scholar and Others - FTKW

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Hidayah- teniat.pdf211.72 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.