Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2282
Title: Bab 4: Kreativiti dan Inovasi
Authors: Wan Khairy Wan Ibrahim 
Mohd Rafi Yaacob 
Dzulkifli Mukhtar 
Issue Date: 2021
Publisher: UUM Press
Abstract: 
Isu kelestarian perniagaan usahawan masih lagi relevan menjadi fokus utama dalam usaha mengangkat peranan kaum bumiputera menjadi usahawan yang berdaya saing (Rafi, Hanifah & Mazlan, 2012). Persoalan bagaimana usahawan lestari menterjemahkan kejayaan mereka dalam industri yang diusahakan menjadi isu penting untuk diteliti. Begitu juga aspek ilmu keusahawanan dan peribadi yang mana usahawan tidak berupaya menguasai dua elemen ini akan dilihat menjadi halangan kepada proses kelestarian (Mohd Fauzi, 1987; Rosli, 2014; Saad, Ghani & Ahmad, 2014). Sememangnya, peribadi dan sikap usahawan dianggap sebagai cabaran untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan (Shukor, 2006), tambahan pula kedua-dua elemen ini penting dalam memberi nilai tambah kepada perusahaan. Penyataan ini telah menarik perhatian Baron, Mueller dan Wolfe (2016), yang menyatakan bahawa seorang usahawan yang lestari dan berdaya saing harus mempunyai kreativiti dan inovasi yang lahir daripada efikasi kendiri yang disesuaikan dengan matlamat mereka dalam perniagaan. Ini menjadikan sikap usahawan dan efikasi kendiri menjadi isu utama yang turut mempengaruhi kelestarian perniagaan.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2282
ISBN: 978-967-2486-59-6
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FKP

Files in This Item:
File Description SizeFormat
Pengurusan Enterprais Kecil dan Sederhana.pdf1.34 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.