Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2209
Title: Bab 6: Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi, wahana etika dan peradaban
Authors: Nazri Muslim 
Nik Yusri Musa 
Ateerah Abdul Razak 
Issue Date: 2021
Publisher: UMK Press
Abstract: 
Malaysia terdiri daripada pelbagai wilayah, etnik bahasa serta agama, dan sebagai rakyat Malaysia yang mementingkan keharmonian dan kesepaduan, maka perlulah difahami bagaimana cara membentuk semangat perpaduan dan integrasi antara masyarakat yang mempunyai latar belakang yang pelbagai. Antara isu-isu yang berkaitan dengan konsep integrasi ini adalah pemahaman tentang kedudukan orang Melayu, raja-raja Melayu, isu agama dan juga bahasa. Justeru, fungsi Perlembagaan Persekutuan amat signifikan dalam memberi panduan kepada konsep pemerintahan negara. Ia juga disebut sebagai kontrak sosial kerana kandungannya meliputi keperluan untuk memenuhi kepentingan pelbagai pihak khususnya masyarakat Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak yang mempunyai kepentingan peribadi sering menyalahtafsirkan fungsi Perlembagaan Persekutuan sehingga menimbulkan pelbagai krisis dan salah faham dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, masyarakat Malaysia masih mampu mengekalkan keamanan dan tidak timbul pertelingkahan serius yang membahayakan masyarakat lain. Pada masa yang sama, keluhuran Perlembagaan Persekutuan itu terbukti setelah 60 tahun Malaysia mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian.
Description: 
Mapim
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2209
ISBN: 978-967-2912-48-4
Appears in Collections:Book Sections (Others) - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
ETIKA DAN PERADABAN 18.4.2021.pdf4.24 MBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.