Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/2176
Title: Teoritis Reka Bentuk dan Pembangunan Kursus Bahasa Arab Dalam Talian
Authors: Ahmad Zaki Amiruddin 
Zulazhan Ab. Halim 
Nurkhamimi Zainuddin 
Keywords: kajian reka bentuk dan pembangunan;Teori Pemerolehan Bahasa
Issue Date: Apr-2021
Publisher: UMK Press
Journal: International Online Journal of Language, Communication and Humanities (INSANIAH) 
Abstract: 
Pembelajaran dalam talian atau e-pembelajaran telah menjadi antara pilihan utama proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada hari ini. Proses ini semakin rancak diperbincangkan apabila seluruh dunia, termasuk Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 yang mengakibatkan semua terpaksa hidup dalam norma baharu. Proses PdP dalam talian memerlukan reka bentuk yang sistematik dengan penerapan teori-teori pembelajaran tertentu. Kajian ini bertujuan mengetengahkan satu kerangka teoretikal cadangan yang dihasilkan melalui dua teori pembelajaran tunjang iaitu; Teori Konstruktivisme dan Teori Pemerolehan Bahasa yang membentuk topik kajian pembangunan kursus bahasa Arab dalam talian, di samping dua teori pembelajaran sokongan iaitu; Teori Beban Kognitif dan Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia. Pemilihan teori-teori ini merupakan antara strategi terawal dalam sesuatu kajian berasaskan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang dilaksanakan dalam fasa analisis untuk diterapkan dalam fasa berikutnya iaitu; fasa reka bentuk dan pembangunan. Kajian ini menggunakan metode kajian berbentuk analisis perpustakaan dengan membentangkan sorotan literatur daripada rujukan-rujukan utama serta kajian-kajian terdahulu yang berkaitan bagi menerangkan teori-teori pembelajaran yang dinyatakan. Hasil dapatan analisis sorotan, satu kerangka teoretikal dikeluarkan dalam bentuk rajah, dalam masa yang sama dijelaskan perkaitannya secara langsung dengan reka bentuk dan pembangunan kursus bahasa Arab dalam talian. Kesimpulan daripada kajian, kerangka teoretikal cadangan ini boleh diadaptasi terus atau dengan pengubahsuaian kerana ia tidak terhad kepada teori-teori pembelajaran yang diutarakan sahaja, bahkan para penyelidik boleh memilih pelbagai lagi teori pembelajaran yang ada mengikut kesesuaian topik kajian mereka. Manfaat daripada hasil kajian ini, kerangka teoretikal diharapkan agar dapat menjadi rujukan kepada kajian lanjutan berbentuk reka bentuk dan pembangunan dalam bidang bahasa asing secara amnya, lebih-lebih lagi bahasa Arab.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/2176
ISSN: 2637-0360
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FBI

Files in This Item:
File Description SizeFormat
148-Article Text-763-2-10-20210430.pdf401.93 kBAdobe PDFView/Open
Show full item record

Google ScholarTM

Check


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.