Please use this identifier to cite or link to this item: http://hdl.handle.net/123456789/1724
Title: Issues And Implications Of Covid-19 From Multidimensional Aspects Towards The Poverty In Children
Authors: Farrah Atikah Saari 
Wan Ahmad Amir Zal Wan Ismail 
Tengku Fauzan Tengku Anuar 
Keywords: implikasi, isu, kanak-kanak, kemiskinan, multidimensi
Issue Date: Mar-2021
Publisher: UMK Press
Journal: International Journal of Creative Future and Heritage (TENIAT) 
Abstract: 
Isu kemiskinan kanak-kanak amat jarang diwacanakan di Malaysia sedangkan ia merupakan isu kritikal yang menjadi penentu masa hadapan mereka dan negara. Keadaan kemiskinan kanak-kanak menjadi lebih teruk dengan penularan wabak Covid-19 dan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Andaian awal, PKP memberikan kesan secara multidimensional ke atas kemiskinan kanak-kanak. Justeru, objektif kajian adalah untuk mengetahui cabaran berkaitan implikasi Covid-19 yang berbentuk multidimensional ke atas kemiskinan kanak-kanak. Kajian menggunapakai pendekatan kualitatif dengan merujuk kepada sumber sekunder sahaja yang terdiri dari Laporan Kemiskinan Kanak-kanak Bandar, UNICEF 2017, artikel jurnal, buku dan tesis yang berkaitan. Pengkaji menggunakan instrument melalui pendekatan Cadangan Dasar Program sedia ada yang dikeluarkan oleh United Nations Children's Fund (UNICEF Malaysia) yang meliputi empat bidang iaitu pendidikan, makanan, kesihatan dan kebajikan. Hasil kajian mendapati bahawa implikasi Covid-19 sememangnya telah memberi pelbagai kesan negatif kepada kanak-kanak dalam pendidikan, makanan, kesihatan dan kebajikan. Kesimpulannya, kajian ini telah membantu pelbagai pihak, khususnya pihak kerajaan berkaitan realiti kesan Covid-19 dan PKP ke atas kemiskinan kanak-kanak dari pelbagai dimensi.
Description: 
Mycite
URI: http://hdl.handle.net/123456789/1724
ISSN: 2289-4527
DOI: https://doi.org/10.47252/teniat.v9i1
Appears in Collections:Journal Indexed MyCite - FTKW

Show full item record

Google ScholarTM

Check

Altmetric

Altmetric


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.